ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Malaysia buka tempahan GSX-8S dan V-Strom 800DE, pelancaran minggu depan?

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebok rasmi Suzuki Malaysia menerusi satu hantaran semalam, mula membuka tempahan bagi dua model terbaharunya, iaitu GSX-8S dan V-Strom 800DE.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi pengedar Suzuki berhampiran bermula semalam (11 Jun) sehingga 17 Jun 2023 untuk membuat tempahan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sepanjang tempoh tersebut, setiap tempahan akan menerima jemputan eksklusif ke majlis pelancaran rasmi, pakej ke acara ‘Adventure Ride‘ dan hadiah istimewa ‘Ride 8eyond 8oundaries‘ secara percuma.

Suzuki GSX-8S dan V-Strom 800DE telah membuat penampilan rasmi di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 pada November lalu.

V-Strom 800DE merupakan motosikal ‘Adventure‘ yang dijana enjin 84 kuasa kuda dan 78 Nm daya kilas serta dilengkapi dengan teknologi Suzuki Intelligent Ride System (SIRS).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

GSX-8S pula motosikal ‘Naked‘ yang dijana enjin 81.7 kuasa kuda dan 78 Nm daya kilas serta dilengkapi dengan sistem ‘ride-by-wire‘ bersama tiga mod tunggangan.

Menurut info yang kami perolehi, majlis pelancaran kedua-dua model ini bakal dilangsungkan pada minggu hadapan.

Buat masa ini kami masih belum mendapat anggaran harga kedua-dua model tersebut, namun besar kemungkinan akan ada kejutan daripada pihak Suzuki Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Suzuki V-Strom 800DE 2023

Suzuki Suzuki GSX-8S 2023

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply