ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kejar ‘trip’ dan komisen tinggi, alasan bawa lori lebih muatan

Berita Tempatan

Views

Mahu kejar ‘trip dan komisen tinggi antara alasan yang diberi pemandu lori selepas ditahan atas kesalahan lebih muatan. Itu antara yang dikesan menerusi Operasi Khas Lebih Muatan yang dilaksanakan secara ronda oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di sekitar negeri itu pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, operasi bermula kira-kira jam 12.15 tengah malam yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa Negeri Selangor, Mazlini Yusof dibantu sembilan pegawainya itu telah mengeluarkan 18 saman atas pelbagai kesalahan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Katanya, operasi ini dijalankan di sekitar Cheras, Batu 9, Meru, Kapar dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE). Terdapat empat kesalahan utama yang dikesan iaitu lebih muatan, tiada lesen memandu, tiada lesen perdagangan (GDL) dan cukai jalan tamat tempoh.

Tambahnya, antara alasan yang diberi pemandu lori kerana lebihan muatan ialah kejar ‘trip‘, arahan ‘tauke’ dan komisen rendah jika muatan yang dibawa rata.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Beliau berkata, JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Katanya, sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh salurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Selangor

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply