ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu melulu, polis ambil keterangan lima pemandu Lamborghini

Tular

Views

Polis sudah mengambil keterangan lima pemandu Lamborghini yang terbabit dalam konvoi yang membahayakan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Senai Desaru di Kota Tingg.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata kesemua pemandu lelaki (tempatan) berusia 44 hingga 64 tahun itu diambil keterangan, selepas polis mengesan kenderaan mereka di kawasan sekitar Desaru pada jam 11.40 pagi tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah menerima sebuah video tular berdurasi lebih kurang 71 saat mengenai kejadian itu pada pukul 10 pagi tadi.

Sekumpulan konvoi yang bangsanya tidak dikenal pasti itu memandu kereta mewah jenis Lamborghini dalam keadaan berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Aksi memandu kereta yang berbahaya tersebut didapati telah dilakukan di Lebuhraya Senai – Desaru. Pergerakan kenderaan adalah daripada Senai menghala ke Bandar Penawar.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Hussin berkata, hasil siasatan awal mendapati mereka mempunyai program di Penawar. Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Dalam video tular tersebut, memaparkan beberapa buah kereta mewah dipercayai dalam konvoi, memotong laluan secara merbahaya di lebuh raya satu lorong Senai-Desaru.

Perbuatan itu menyebabkan beberapa kenderaan dari arah bertentangan memberikan isyarat lampu dan menghimpit ke bahu jalan bagi mengelak bertembung. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply