ARKIB

KATEGORI

Info

Tahukah anda : Tayar monorel perlu dipam seminggu sekali?

Info

Views

Menurusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi Rapid KL sebentar tadi, kami ingin kongsikan satu info yang mungkin tidak tahu selama ini. Sebagai pengguna monorel, tahukah anda kenderaan tersebut menggunakan tayar getah khas untuk bergerak?

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Load Wheel Tyre dan Guide Wheel Tyre menggunakan gas Nitrogen (tekanan gas 170 psi bagi Load Wheel Tyre dan 145 psi bagi Guide Wheel Tyre). Apa yang menarik, tayar-tayar ini perlu dipam seminggu sekali mengikut jadual pemeriksaan ditetapkan.

Seperti kenderaan biasa, tayar monorel juga boleh pancit. Tayar yang direka khas dengan ciri ‘run flat’(terletak di bahagian dalam tayar) membolehkan tren bergerak dengan selamat dari satu stesen ke stesen yang berikutnya.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Apabila ini berlaku, sistem pemantauan tekanan tayar akan mengeluarkan isyarat dan bahagian ‘run flat’ akan diaktifkan serta-merta. Pegawai transit akan mengurangkan kelajuan monorel kepada 5-10 km/j dan memandu terus ke depot selepas menurunkan penumpang di stesen yang berhampiran.

Unit Bogie diketuai oleh Encik Anizam Ahmad merupakan pasukan yang bertanggungjawab memastikan tayar monorel berada dalam keadaan yang baik ketika beroperasi di trek. Encik Anizam juga menegaskan, jangka hayat tayar adalah selama 7 tahun. Di laluan Monorel KL, kekerapan untuk menukar tayar adalah setiap 3 – 4 bulan ataupun apabila bunga tayar telah menipis sehingga 1mm bagi menjaga kualiti dan kelancaran servis monorel.

Terima kasih Rapid KL atas info ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Rapid KL.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply