ARKIB

KATEGORI

Info

Kajian mendapati Brek Undur Automatik mampu mengurangkan kemalangan sebanyak 81 peratus

Info

Views

Satu kajian yang telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan Universiti Michigan mendapati sistem keselamatan canggih mampu mengurangkan risiko kemalangan. Dengan memeriksa 3.7 juta kenderaan keluaran GM di 20 lokasi berbeza dari tahun 2013-2017, para penyelidik membandingkan data kemalangan dari 10 negeri untuk menentukan keberkesanan pelbagai sistem keselamatan.

Menurut kajian tersebut, sistem brek kecemasan automatik dengan amaran perlanggaran hadapan mampu mengurangkan rempuhan dari belakang sehingga 46 peratus. Amaran penukaran lorong dengan amaran titik buta pula mampu mengurangkan kemalangan sebanyak 26 peratus. Bantuan kekal lorong dengan amaran terjajar lorong berjaya mengurangkan kemalangan ketika menukar lorong sebanyak 20 peratus.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Lampu hadapan juga memainkan peranan penting dalam keselamatan dan kajian itu mendapati lampu jenis high-intensity discharge mengurangkan perlanggaran waktu malam dengan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan sebanyak 21 peratus. Ia meningkat kepada 35 peratus apabila menggunakan lampu depan SuluhPintar (IntelliBeam).

Paling mengejutkan, sistem brek undur automatik dengan kamera pandang belakang, bantuan pakir undur dan amaran lintasan trafik belakang mampu mengurangkan kemalangan ketika mengundur sehingga 81 peratus! Sistem ini juga didatangkan secara berasingan dan sungguh pun begitu, ia tetap mampu mengurangkan kemalangan antara 21-52 peratus.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Sebelum ini kajian dari Institut Insurans Keselamatan Lebuhraya (IIHS) mendapati kereta yang dilengkapi dengan brek kecemasan automatik dan amaran perlanggaran hadapan, mampu menurangkan 43 peratus risiko terlibat dengan kemalangan dari depan-ke-belakang berbanding model yang tidak dilengkapi dengan teknologi tersebut.

Kajian sama juga mendapati, jumlah kecederaan ketika kemalangan juga turun secara signifikan pada kenderaan yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju. GM turut gembira dengan keputusan kajian itu dan berkata, kenderaan yang pintar dan selamat bakal memainkan peranan kritikal dalam membantu untuk menyelamatkan nyawa pada masa kini dan masa hadapan. Mereka menambah, teknologi ini amatlah penting bagi wawasan GM untuk dunia yang bebas kemalangan, bebas pencemaran dan bebas kesesakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply