ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat aksi ala sarkas di jalan raya, polis cari M Thiruvarasu

Berita Tempatan

Views

Berikutan tularnya video yang memaparkan aksi menunggang motosikal menggunakan kaki di Jalan Kuching kelmarin, polis kini sedang mencari lelaki dalam video tersebut. Menurut Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semakan mendapati motosikal terbabit didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 61 tahun.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Beliau berkata, berdasarkan alamat yang didaftarkan, anggota polis telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati motosikal itu digunakan anak lelakinya ketika kejadian. Tambah beliau, ketika sampai di rumah itu, anak pemilik motosikal itu tiada di rumah dan usaha mengesannya giat dijalankan.

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

Katanya, motosikal tersebut kemudian dirampas untuk tindakan lanjut. Sehubungan itu, Zulkefly berkata, polis mencari lelaki berkenaan yang dikenali sebagai M Thiruvarasu, 36, beralamat di Selayang Baru di sini untuk membantu siasatan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aksi berbahaya lelaki berkenaan yang mengawal handel motosikal dengan menggunakan kaki menjadi tular di media sosial sejak kelmarin menerusi satu video berdurasi 41 saat. Lelaki itu duduk di atas motosikal yang sedang meluru laju sambil tangannya memegang sebungkus air minuman.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply