ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak pakai tali pinggang keledar dalam kereta, polis siasat PM Britain

Berita Global

Views

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berdepan siasatan polis untuk kali kedua dalam tempoh setahun selepas beliau dirakam tidak memakai tali pinggang keledar ketika berada di dalam kereta, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Polis Lancashire mengesahkan bahawa pihaknya akan menyiasat kesalahan yang dilakukan Sunak.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Siasatan itu dijalankan hanya sembilan bulan selepas pemimpin berkenaan disaman oleh Polis Metropolitan kerana melanggar peraturan sekatan Covid-19 bersama-sama bekas perdana menteri, Boris Johnson.

Jurucakap Polis Lancashire berkata, pihaknya menyedari perkara itu dan akan menelitinya. Sunak memuat naik sebuah video yang memaparkan kesalahan itu di akaun Instagramnya ketika dalam perjalanan ke bandar Morecambe.

Downing Street kemudian mengeluarkan kenyataan yang mengakui kesalahan Sunak dengan menyatakan bahawa beliau membuka tali pinggang keledar seketika untuk merakam sebuah video bagi mempromosikan dana pembinaan perkhidmatan tren, Levelling Up.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Jurucakap Downing Street berkata, Sunak mengakui sepenuhnya ia adalah satu kesalahan dan memohon maaf. “Perdana Menteri percaya semua orang harus memakai tali pinggang keledar.

“Ia adalah kesilapan dalam menilai. Beliau (Sunak) menanggalkannya dalam tempoh yang singkat untuk merakam video tetapi mengakui ia adalah kesilapan,” kata jurucakap berkenaan.

Rakyat Britain berdepan denda sehingga £500 (RM2,661) jika didapati tidak memakai tali pinggang keledar ketika berada di dalam kereta. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply