ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 100 kenderaan kantoi salah guna lorong kecemasan – JPJ

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merakam gambar lebih 100 kenderaan yang menyalah gunakan laluan kecemasan di lebuh raya dalam Operasi Pemantauan Khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina (Ops TBC), hari ini.

Dalam kenyataannya, JPJ berkata, Ops TBC yang masuk hari keempat, hari ini dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan dari arah Johor Bahru ke Putrajaya bermula jam 10 pagi hingga 2 petang tadi.

Hasil pemantauan itu, JPJ berjaya mengesan dan merakam lebih 100 buah kenderaan yang melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

JPJ ingin menegaskan bahawa kesalahan berkenaan adalah antara tujuh kesalahan tidak boleh dikompaun dan akan terus didakwa ke mahkamah.

JPJ berkata, kesemua gambar itu dirakam oleh anggota Pasukan Pemantauan Khas 7 Kesalahan Utama yang melakukan pemantauan secara taktikal samaran.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak berlakunya kesesakan dan menjadi punca kemalangan maut di jalan raya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Sebelum ini, JPJ menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 yang tidak dibenarkan kompaun.

Kesalahan itu membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

Dalam pada itu, orang ramai boleh membuat sebarang aduan kesalahan lalu lintas termasuk tujuh kesalahan utama, melalui menu e-Aduan@jpj di Aplikasi MyJPJ atau melalui aduan email JPJ [email protected]. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply