ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak perlu daftar masuk guna MySejahtera untuk mengisi minyak – PDAM

Berita Tempatan

Views

Semalam tercetus polemik di media sosial setelah berita mengenai penggunaan aplikasi MySejahtera yang diwajibkan untuk mendaftar masuk sebelum mengisi minyak di stesen.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Berita yang disiarkan menerusi portal China Press yang menyebut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, para pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi aplikasi MySejahtera meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

Hari ini TheStar melaporkan, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berkata sebaliknya dan mengesahkan yang para pengguna hanya perlu mengimbas kod QR menggunakan MySejahtera untuk mendaftar kehadiran jika ingin memasuki kedai, tandas atau surau di stesen petrol sahaja.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Menurut presidennya Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, perkara tersebut telah disahkan oleh salah seorang dari pemilik stesen petrol yang telah meminta penjelasan dari Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC). Tambah beliau, satu lagi perkara yang dibimbangi adalah penggunaan telefon pintar berhampiran pam minyak yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Nampaknya kita masih belum mendapat jawapan yang betul-betul konkrit dalam isu ini. Mungkin petang ini dalam sidang media hariannya, Pak Long Mail (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) boleh merungkaikan segala kekeliruan, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply