ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tangki simpanan bahan api termaju Shell dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dengan telah melancarkan tangki penyimpanan bahan api termaju yang baharu dan satu lagi ruang punggah tambahan di Westports, Pelabuhan Klang. Kemudahan terbaharu ini adalah untuk meningkatkan keupayaannya dalam memenuhi permintaan bahan api Shell yang semakin meningkat di kawasan Tengah Semenanjung Malaysia.

Tangki baharu ini yang merupakan kemudahan kesepuluh yang dimiliki Shell di terminal ini dibina di bawah Fasa 4 Pelan Pengembangan Terminal Shell Westports. Ia dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia dan Datuk Ruben Emir Gnanalingam, Pengarah Urusan Kumpulan Westports Malaysia Sdn Bhd.

Selain daripada tangki simpanan 10 juta liter baharu, pelan pengembangan ini juga merangkumi sebuah ruang punggah yang baharu dengan enam lengan penyalur yang dikonfigurasikan untuk menyalurkan tiga produk bahan api Shell yang utama – Fuelsave 95, V-Power 97 dan Fuelsave Euro 5 Diesel – pada kadar 1,800 liter seminit.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Ini meningkatkan kecekapan proses pemuatan untuk lori tangki jalan raya. Lori-lori tangki kini boleh dimuat sepenuhnya dalam masa 25 minit, seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di Terminal Pengedaran Lembah Klang (KVDT).

Datuk Iain Lo berkata, kemudahan penyimpanan baharu di Westports ini akan membolehkan Shell memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi produknya di Lembah Klang. Kemudahan baharu yang cekap ini akan meningkatkan daya saing Shell dan memastikan keupayaan Shell untuk memenuhi semua keperluan pelanggan.

Beliau juga menambah bahawa Shell telah menyumbang kepada kemajuan Malaysia sejak 128 tahun lalu dan akan terus melabur dalam mengukuhkan kehadirannya di negara ini dengan menawarkan bukan sahaja produk berkualiti tinggi, tetapi juga perkhidmatan yang cekap yang memenuhi keperluan pengguna dan perniagaan.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Tangki penyimpanan ini dibina dengan menggunakan kaedah jack-up yang inovatif dan bukannya proses bawah-atas tradisional. Di sini, bahagian atas tangki termasuk bumbung yang dibina terlebih dahulu sebelum diangkat dengan hidraulik, yang membolehkan bahagian bawah dipasang.

Ini mengurangkan penggunaan perancah, keperluan pekerja bekerja pada ketinggian dan membina pembinaan diteruskan dengan selamat dan dapat disiapkan lebih awal daripada jadual, walaupun wujud sekatan ruang dan aktiviti yang sedang berjalan di sekitarnya.

Kejayaan menyiapkan Fasa 4 Pelan Pengembangan Terminal Shell Westports merupakan bukti kukuh kerjasama yang rapat dan piawaian keselamatan yang tinggi yang diterima oleh pasukan dari Shell Malaysia, Westports Malaysia Sdn Bhd, perunding dan kontraktor projek.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply