ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Hyundai Elantra facelift telah tiba – Siap sedia untuk dilancarkan

Foto Intipan

Views

Baru je semalam kami bercerita mengenai model Hyundai Elantra facelift. Hari ini kami berjaya memperolehi satu foto intipan model tersebut yang berjaya dirakam dalam sebuah depoh simpanan kenderaan. Foto tersebut telah dimuat naik ke ruangan komen di laman Facebook kami oleh Mohamad Farhan.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Tidak dipastikan di mana lokasi penemuan model tersebut, namun jika diperhatikan ia mungkin depoh simpanan milik Hyundai Malaysia kerana turut kelihatan beberapa unit model Grand Starex di sana. Baru-baru ini laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia telah mula mengusik wargamaya dengan beberapa siri iklan acah model Hyundai Elantra facelift.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Model yang berwajah baharu ini dilengkapi dengan ciri keselamatan SmartSense yang canggih seperti Bantuan Mengelak Perlanggaran Hadapan dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Kekal Lorong, Amaran Perhatian Pemandu, Bantuan Tukar Lorong dan Amaran Perlanggaran Titik Buta dengan Amaran Lintasan Belakang.

Di pasaran Amerika Syarikat ia ditawarkan dengan 3 pilihan enjin – 2.0-liter yang menjana 147 kuasa kuda, 1.4-liter turbo dengan 128 kuasa kuda dan 1.6-liter turbo yang digandingkan dengan transmisi sama ada enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan dwi-klac.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply