ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A dilancarkan – 25 saiz berbeza, harga dari RM500 ke RM1,300 hingga

Berita Tempatan

Views

BFGoodrich melancarkan tayar jalan raya berprestasi tinggi BFGoodrich g-Force PHENOM T/A yang dirumus khas untuk pemanduan, sama ada dalam kondisi yang basah mahupun kering. Tayar ini didatangkan dalam 25 saiz yang berbeza.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana, tayar baharu ini dijangka mampu menarik perhatian para pengguna baharu terhadap jenama ini.

Antara kelebihan utama tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A termasuklah:

  • Kawalan maksimum dengan ciri pengendalian yang hebat ketika membelok dan membrek secara agresif. Tayar ini mempunya daya cengkaman yang mengagumkan dalam kondisi basah serta kering, hasil teknologi “Performance Racing Core“.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

  • Prestasi basah yang cemerlang dengan kontak jalan raya yang lebih tinggi dalam zon kering serta kontak jalan raya yang lebih rendah dalam zon basah untuk menyingkirkan lebih banyak air, menerusi teknologi “Ulti-Grip“. Tayar ini memiliki daya pengendalian maksimum, serta jarak membrek yang singkat disumbangkan oleh “Wide Circumferential Rain Grooves“.
  • Membelok dengan lebih yakin sepanjang hayat tayar ini dengan “Solid Shoulder Blocks” yang bersaiz lebih besar, diilhamkan dari sukan permotoran. Teknologi “Lateral Groove Damper” pula membantu mengurangkan bunyi hingar semasa menyusuri jalan raya.
  • Waranti tayar enam tahun untuk Tayar Kereta Penumpang dan Lori Ringan BFGoodrich terhadap kecacatan pada reka bentuk, mutu kerja dan bahan, menurut cadangan penyelenggaraan dan amaran keselamatan daripada BFGoodrich.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bagi para pengedar, BFGoodrich g-Force PHENOM T/A menawarkan nilai dan manfaat yang hebat termasuk liputan terunggul bagi segala keperluan pengguna, sempurna untuk pemanduan harian dan berteraskan prestasi.

Tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A didatangkan dalam 25 saiz berberbeza, bermula dari 16-inci hingga 20-inci dan boleh didapati di pusat pengedaran BFGoodrich yang bertauliah di seluruh negara.

Harga jualan yang disyorkan untuk bermula dari RM500 ke RM1,300. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bfgoodrich.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply