ARKIB

KATEGORI

Buletin

TULAR: ‘Tak sampai 15 minit’ curi Rolls Royce Ghost dah kantoi

Tular

Views

Baru-baru ini tular satu hantaran yang dibuat menerusi akaun Facebook seorang usahawan bernama Melvin Tong yang menceritakan kisah cubaan melarikan kereta mewahnya oleh dua individu.

Menurut Melvin, kereta jenis Rolls Royce Ghost itu pada mulanya berjaya dilarikan, namun ‘kegembiraan’ si penyamun tersebut hanyalah seketika.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ini kerana, ‘tak sampai 15 minit‘ pihak polis telah berjaya ‘menghidu’ tempat persembunyian mereka. Kedua-dua suspek telah ditahan oleh pihak polis.

Lebih ‘melucukan’, ketika MPV polis tiba di lokasi Rolls Royce Ghost berkenaan di parkir, kedua-dua suspek telah meminta polis untuk ‘mengalihkan’ MPV mereka supaya tidak menghalang laluan keluar.

Padahal kedua-duanya tidak mengetahui yang pihak polis sememangnya sedang menunggu mereka. Melvin turut memaklumkan yang kedua-dua individu berkenaan merupakan ‘SoCar Dasher‘.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pihak SoCar telah mengambil tindakan pantas dengan menyekat terus akaun individu berkenaan. Balai Polis Kuang menerusi satu kenyataan ringkas di akaun Facebooknya turut mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pihaknya telah berjaya menahan dan menangkap seorang lelaki warga tempatan di sekitar Kuang kerana disyaki mencuri sebuah kenderaan jenis Rolls Royce Ghost.

Tangkapan dan rampasan di bawa ke Balai Polis Kuang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Melvin Tong

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply