ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda WR-V kini dibuka, bakal dilancar suku ketiga (Q3)!

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia menerusi satu kenyataan mengumumkan, orang ramai boleh mula membuat tempahan untuk model SUV kecil terbaharunya, iaitu Winsome Runabout Vehicle (WR-V) di 101 cawangan pengedarnya bermula hari ini.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, pihaknya amat teruja menjadi pengeluar kenderaan dari Jepun yang pertama untuk memperkenalkan SUV kecil dalam segmen Bukan-Nasional.

Tambah beliau, WR-V bakal dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga (Q3) tahun ini. Dari segi dimensi, WR-V berukuran 4,060mm panjang, 1,780mm lebar dan 1,608mm tinggi, manakala jarak lega tanahnya 207mm, paling tinggi dalam kelasnya.

Ia bakal ditawarkan dengan pilihan varian RS yang menampilkan lambang RS rekaan baharu, jeriji hadapan unik dan rim aloi bersaiz 17-inci kemasan dwitona.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Varian RS ini juga didatangkan dengan cermin sisi boleh dilipat secara automatik, lampu hadapan auto LED bersama lampu siang (DRL), lampu kabus depan jenis LED dan lampu signal belok berurutan LED.

WR-V dijana oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan 145Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan transmisi CVT dengan teknologi ‘G-design shift‘.

Dari segi keselamatan, WR-V dilengkapi dengan Honda SENSING yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Notifikasi Pergerakan Kenderaan Di hadapan (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Cegah Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Rempuhan Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Laluan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bakal ‘seteru terkuat’ kepada Perodua Ativa ini turut dilengkapi dengan Honda LaneWatch dan Honda CONNECT. Sempena menanti pelancaran rasminya, Honda Malaysia turut mengadakan sesi prattonton eksklusif WR-V dibeberapa lokasi seperti berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi Pengedar
16 Jun 2023  hingga

18 Jun 2023

SelatanSeremban Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd
Johor Bahru Kah Motor Co Sdn Bhd – Tebrau
Pontian Unite Automobile Sdn Bhd
23 Jun 2023 hingga

25 Jun 2023

UtaraButterworth Formula Venture Sdn Bhd
Ipoh Kah Motor Co Sdn Bhd – Ipoh
Teluk Intan Tian Siang Auto (Intan) Sdn Bhd
30 Jun 2023  hingga

2 Julai 2023

TengahSg Buloh AutoWorld Asia Sdn Bhd
Elmina Elmina Motors Sdn Bhd
Glenmarie HZN Cars Sdn Bhd
Damansara MH Prestige Auto Sdn Bhd
7 Julai 2023  

hingga

9 Julai 2023

Pantai TimurTemerloh Chuan Thye Motor Sdn Bhd
Kuala Terengganu Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd

Pelanggan yang berhasrat untuk membuat tempahan WR-V secara dalam talian boleh terus log masuk ke pautan prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch di telefon pintar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Honda Malaysia

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply