ARKIB

KATEGORI

Tular

Halang lalu lintas atas Jambatan Kedua, geng konvoi BMW kena saman

Tular

Views

Polis mengeluarkan saman terhadap kesemua pemandu kereta mewah yang dipercayai menghalang laluan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua, selepas tular satu video di media sosial, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Deputi Superintenden Mohd. Norazmi Abd. Ghapar berkata, pihaknya terkesan dengan rakaman video berdurasi dua minit 50 saat itu yang dimuat naik ke dalam akaun Tik Tok milik seorang pengguna atas nama ‘panglimaperang‘ kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beliau berkata, rakaman tersebut menunjukkan deretan kereta mewah jenis BMW dipandu secara perlahan dan menghalang lalu lintas seperti yang didakwa.

Siasatan lanjut mendapati, kejadian berlaku pada 9 Jun (Jumaat) kira-kira pukul 12.30 tengah hari bermula dari KM (Kilometer) 3.8 dari arah Batu Kawan sehingga KM9.0 arah ke Batu Maung.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kertas siasatan juga telah dibuka di bawah Kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu Kaedah 16 (1) LN 167/59 kerana melakukan halangan lalu lintas.

Bagaimanapun, kata Mohd. Norazmi, kira-kira pukul 12.10 tengah malam semalam, kesemua pemandu yang berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS untuk memberikan keterangan dan telah dikenakan saman. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply