ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Suzuki Jimny 5-pintu untuk pasaran Malaysia dibuka

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Suzuki Cars MY beberapa hari lepas telah mula menyiarkan ‘iklan acah’ model Suzuki Jimny 5-pintu yang dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Meskipun foto Jimny dalam grafik berbentuk ‘puzzle‘ itu tidak lengkap, kapsyen “Something longer coming soon” itu secara tidak langsung mengesahkannya adalah versi 5-pintu yang dilihat lebih praktikal.

Naza Eastern Motors selaku pengedar sah kenderaan Suzuki di Malaysia dalam masa yang sama turut membuka tempahan bagi model tersebut mulai 20 April lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebelum ini sudah ada beberapa versi Jimny yang telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia, antaranya:

Dari segi dimensi Jimny 5-pintu berukuran 3,985 mm panjang, 1,645 mm lebar, 1,720 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,590 mm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ini bermakna, Jimny 5-pintu dalah lebih panjang (340 mm) berbanding versi 3-pintu, manakala ruang bagasinya turut bertambah dari 85 liter kepada 211 liter. Jarak lega tanahnya pula masih kekal 210 mm.

Versi globalnya dijana oleh enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi alami (NA) K15B yang menghamburkan output sebanyak 103 kuasa kuda dengan 130 Nm daya kilas.

Ia ditawarkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik. Jimny 5-pintu dilengkapi dengan sistem pacuan empat-roda sepenuh masa Suzuki AllGrip dan mempunyai keupayaan off-road yang sama dengan versi 3-pintu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suzuki Cars MY

Foto rasmi Suzuki Jimny 5-pintu

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply