ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Fortuner 2021 dibuka – 2 varian, harga dari RM172,244

Berita Tempatan

Views

Selain Innova 2021, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) turut membuka tempahan Fortuner yang dikemaskini dan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tempahan juga telah dibuka sejak semalam di semua cawangan pengedar sah UMWT seluruh negara.

Model yang dipasang secara tempatan (CKD) ini akan ditawarkan dalam dua varian dengan harga masing-masing seperti berikut:

  • Toyota Fortuner 2.8 VRZ 4×4 A/T — RM203,183.00
  • Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 A’T — RM172,244.00

Fortuner 2.8 VRZ 4×4 A/T merupakan varian andalan baharu yang menggantikan Fortuner 2.4 VRZ yang pernah ditawarkan sebelum ini. Varian ini ditawarkan dengan pilihan warna badan baharu, Bronze Mica Metallic dengan kemasan bumbung hitam yang juga boleh didapati untuk warna Super White II.

Empat lagi warna lain termasuklah Medium Silver Metallic, Silver Metallic, Attitude Black Mica dan Phantom Brown Metallic juga ditawarkan pada varian andalan ini. Untuk varian Fortuner 2.7 SRZ 4×4 A’T, enam pilihan warna ditawarkan antaranya Super White II, Medium Silver Metallic, Silver Metallic, Attitude Black Mica dan Phantom Brown Metallic termasuk warna baharu Bronze Mica Metallic.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Fortuner 2.8 VRZ diberikan lampu utama Quad LED serta rekaan sarung baharu dengan jeriji jenis jejaring di tengah. Turut digayakan semula adalah lampu kabus, lampu signal dan lampu posisi sementara rekaan bampar depan dan belakang tampil dengan rekaan baharu yang lebih segar.

Plat gelincir baharu pula memberikan imej lebih ranggi kepada Fortuner 2021. Perbezaan paling ketara pada varian 2.8 VRZ ialah bahagian bumbung, tiang-A, cermin sisi dan spoiler pada bumbung yang kesemuanya diberikan kemasan hitam.

Fortuner 2.7 SRZ pula menerima lampu utama bi-LED yang lebih tajam bersama dengan rekaan jeriji dan bampar depan rekaan baharu. Lampu signal, lampu posisi dan lampu belakang gabungan turut menerima perubahan kosmetik bagi kedua-dua varian. Kedua-dua varian ini turut menggunakan rim aloi 18-inci rekaan baharu.

Di ruang kabin, tempat duduk Fortuner hadir dengan kemasan dan balutan rekaan dan warna baharu. Selain itu, panel instrumennya menampilkan animasi pembukaan Paparan Pelbagai Info (MID) yang baharu. Kabin model ini diberikan pencahayaan suasana selain penutup kunci rekaan baharu.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Rekaan panel instrumen pada Fortuner 2.7 SRZ telah diperbaharui dan varian ini turut menerima kemasan warna dalaman serta rekaan balutan kerusi baharu. Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu dalaman LED, cermin pandang belakang anti-silau dan tempat duduk larasan elektrik untuk penumpang depan.

Dari segi keselamatan, Fortuner hadir dengan Toyota Safety Sense (TSS) untuk varian 2.8 VRZ. Ia turut dilengkapi dengan Sistem Pra-Perlanggaran (PCS),  Amaran Tukar Lorong (LDA) dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) serta Fungsi Bantuan Oleng.

Fortuner 2021 masih menggunakan penjana sedia ada dari unit diesel 1GD FTV 4- silinder common rail dengan ciri Variable Nozzle Turbcharger (VNT) dan Intercooler. Unit 2.8 liternya itu mampu menghasilkan 204 PS pada 3,400 rpm dan 500 Nm daya kilas dari 1,600 rpm hingga 2,800 rpm.

Fortuner 2.8 VRZ juga didatangkan dengan stereng kuasa Variable Flow Control (VFC), yang membantu memperbaiki penjimatan minyak dengan cara mengurangkan penggunaan daya kilas oleh pam stereng.  Para jurutera Toyota telah memperbaiki rasa stereng ini untuk mencapai tahap natural pemanduan yang serasi dalam setiap kelajuan.

Varian ini turut dilengkapi dengan mod SPORT dan sistem pacuan 4×4 separuh masa. Sistem pacuan pada kedua-dua varian ini turut dilengkapi Auto Limited Slip Differential (LSD). Fortuner 2021 didatangkan dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan, tertakluk kepada syarat syarat yang dinyatakan di dalam buku panduan pemilik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply