ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT buka tempahan Toyota Innova 2021 – 3 varian, harga dari RM111,622

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menyingkap tirai tahun baharu dengan membuka tempahan Innova 2021 yang dikemaskini bermula semalam. Tiga varian ditawarkan dengan harga bermula dari RM111,622.

Berikut adalah perincian varian dan harga yang ditawarkan:

  • Toyota Innova 2.0X – Dari RM129,677.00
  • Toyota Innova 2.0G – Dari RM121,483.00
  • Toyota Innova 2.0 E – Dari RM111,622.00

Enam pilihan warna ditawarkan, Medium Silver Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown, Silver Metallic, Super White II termasuk satu warna baharu, Bronze Mica Metallic. Varian Innova 2.0X pula ditambah dengan satu lagi pilihan warna iaitu Crimson Spark Red Metallic.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Innova 2021 masih mengekalkan gaya crossover dengan perubahan kosmetik terutama pada jeriji depan dengan kemasan hitam dan krom, kemasan krom pada sarung cermin sisi yang disertakan dengan indikator signal (Innova 2.0X dan Innova 2.0G).

Lampu kabus juga mendapat rekaan baharu selain lapik lengkung tayar, kemasan sisi badan dan aksesori skirting yang menyuntik imej lebih sporty. Rim aloi 17-inci pada Innova 2.0X kini dengan kemasan Dark Mica Metallic berbanding hitam biasa, manakala rim untuk Innova 2.0G pula menerima rekaan baharu.

Di belakang, kemasan pintunya diberi rekaan baharu, sementara rel para bumbung (hanya pada Innova 2.0X) diberikan profil baharu supaya lebih aerodinamik. Innova 2021 hadir dengan sistem infohiburan skrin sentuh kapasitif 9-inci yang turut dijadikan Monitor Paparan Panorama (PVM) yang menjadi ciri standard bagi varian Innova 2.0X dan Innova 2.0G.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Selain itu, Innova 2021 didatangkan dengan lebih banyak slot USB dengan ciri pengecasan pantas, dua di papan pemuka manakala yang lain di bahagian kerusi barisan kedua dan ketiga. Anda juga boleh menambah pelantar pengecas nirwayar di bahagian konsol tengah ketika membuat tempahan.

Dari segi keselamatan, Innova 2021 kini dilengkapi ciri Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA) pada varian Innova 2.0X dan 2.0G. Kesemua varian Innova menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP selain dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS dan semua penumpang di barisan ketiga mempunyai tali keledar 3-penjuru dengan ciri sentap automatik (auto retracting).

Semua varian juga dilengkapi ABS dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) serta Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Cengkam (TRC), Isyarat Henti Kecemasan (ESS) dan Kawalan Bantu Mendaki (HAC).

Selain itu, Sistem Telematik Kenderaan Toyota (VTS) turut ditawarkan menerusi teknologi GPS dan GSM. UMWT menawarkan jaminan 5-tahun diberikan tanpa had perbatuan, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pemilik. Tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran Toyota seluruh negara serta secara dalam talian di build.toyota.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply