ARKIB

KATEGORI

Buletin

Afeela – Jenama baharu Sony Honda Mobility, tayang prototaip kereta dikuasakan cip Snapdragon dan Unreal Engine

Berita Global

Views
AFEELA | Product Movie

Syarikat usahama dari dua gergasi teknologi dan automotif dari Jepun, Sony Honda Mobility memperkenalkan nama bagi jenama kenderaan elektrik (EV) baharu mereka yang dikenali sebagai Afeela.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh ketua pegawai eksekutifnya, Yasuhide Mizuno semasa sidang media Sony di Consumer Electronics Show (CES) 2023, Las Vegas.

Ketika nama dan logonya muncul di skkrin, versi prototaip model konsep Vision-S membuat kemunculan di pentas dengan rekaan depan serba baharu dengan memakai logo Afeela.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Logo yang dipaparkan pada skrin terbenam pada muncung depan kereta itu juga memaparkan beberapa informasi kepada mereka yang melintas di hadapannya seperti cuaca, status pengecasan, malah juga boleh memaparkan iklan.

Tak dapat dipastikan banyak manakah rekaan yang masih dikitar semula atau direka bentuk semula dari prototaip berusia sembilan tahun itu.

Mizuno juga tidak memberikan penjelasan lanjut mengapa nama Afeela dipilih, kecuali berkata perkataan ‘feel‘ adalah tunjang kepada pengalaman mobiliti yang ingin mereka bina, di mana kereta itu ‘membuatkan anda merasakan sesuatu’ dan juga ‘merasakan apa yang anda rasa’.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Beliau juga dilihat memberikan beberapa tarikh konkrit untuk kereta pertama Afeela membuat kemunculan di pasaran. Prapesanan akan bermula pada separuh pertama 2025 manakala tempahan boleh dibuat menjelang akhir tahun.

Penghantaran pertamanya ke Amerika Utara dijangka pada musim bunga 2026. Tambah beliau, kereta itu akan mempunyai 45 penderia dan kamera di dalam dan luar.

Kereta ini juga akan menawarkan hiburan terbaik dalam kelasnya untuk filem, muzik dan permainan di dalam kereta. Qualcomm akan menyediakan cip Snapdragon terbaiknya untuk menggerakkan teknologi kereta, dan Epic Games akan menyediakan Unreal Engine untuk antara muka grafik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit gearjunkie.com

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply