ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor jual 101,035 unit kenderaan pada 2022, Toyota muncul jenama bukan-nasional terlaris di Malaysia!

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor ‘menutup buku’ tahun 2022 dengan menjual sebanyak 101,035 unit kenderaan. Jika mengikut pecahan, jumlah unit kenderaan Toyota yang dijual adalah 100,042 unit, manakala Lexus pula sebanyak 993 unit.

Secara matematiknya, Toyota berjaya merampas takhta jenama bukan-nasional paling laris di Malaysia. Berbanding tahun lalu, Toyota dan Lexus hanya menjual sebanyak 72,394 unit.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 40 peratus meskipun bergelut dengan keadaan pasaran yang tidak menentu berikutan isu rantaian bekalan yang menghantui pasaran global mahupun lokal.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K., pihaknya mengucapkan terima kasih dan juga setinggi-tinggi penghargaan buat para pelanggan serta kakitangan, pengedar dan rakan niaga atas sokongan padu mereka.

UMW Toyota Motor mencatat jualan kukuh dalan kategori SUV Segmen-C menerusi Corolla Cross yang berjaya dijual sebanyak 17,208 unit sepanjang tahun 2022. Hilux kekal sebagai “Raja Trak Pikap” dengan jualan sebanyak 27,198 unit.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ini diikuti oleh Hiace dan Fortuner yang masing-masing sebanyak 390 unit dan 3,432 unit. Bagi Operasi Perkhidmatan Pelanggan pula, ia telah berjaya melepasi angka 1.25 juta kenderaan.

Pada 2022 juga, UMW Toyota Motor telah memperkenalkan Corolla Cross Hybrid yang merupakan model pertama mereka dengan teknologi Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) yang dipasang secara tempatan di Selangor.

Tambah Ravindran K., buat masa ini pihaknya percaya HEV adalah yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia dan akan menambah sebuah lagi model HEV dalam tahun 2023.

Selain itu, pihaknya sedang membuat penilaian untuk menawarkan Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) pada masa akan datang dan model-model BEV Toyota dan Lexus sudah pun siap sedia untuk diperkenalkan.

Pihaknya juga akan terus memacu sukan permotoran menerusi penganjuran GAZOO Racing Malaysia. Jenama ini telah pun dikenali dan menjadi medan buat model seperti Vios GR-S sehingga Supra untuk menunjukkan ‘taring’ mereka.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Ravindran K. berkata, lebih banyak lagi model GR akan tiba dan GR Garage juga akan menawarkan alat ganti dan barangan cenderahati yang baharu.

Bermula pada tahun 2023, UMW Toyota Motor akan memulakan agency retail model yang akan ditawarkan menerusi ejen pengedar Toyota dan Lexus perdana yang terpilih bagi memberikan pengalaman pembelian kenderaan lebih mudah dan tanpa risau.

Laman sesawang Toyota Malaysia juga telah dikemaskini dengan pelbagai ciri baharu mesra-pengguna dan antara muka (interface) yang lebih moden.

Toyota Financial Packages pula terus menawarkan pilihan pembiayaan kenderaan yang merangkumi kadar faedah rendah untuk kenderaan rendah karbon, pinjaman Islam 100 peratus dan termasuk juga pelan langganan kereta.

Toyota Insurance Package yang meliputi kenderaan semua peringkat umur dan pelan penyelenggaraan holistik penjimatan wang iaitu Toyota Service Savers turut ditawarkan.

Pelanggan juga akan diberikan ganjaran menerusi program Toyota Loyal-T yang membolehkan mereka mengumpul mata bagi setiap pembelian, servis atau baik pulih, malah ia juga merangkumi pembaharuan insuran kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply