ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tentera Udara AS lancar pesawat pengebom nuklear halimunan baharu, B-21 Raider

Berita Global

Views

Pesawat pengebom nuklear kalis radar terbaharu Amerika Syarikat (AS), B-21 Raider dipertontonkan kepada orang ramai di California, Jumaat lalu selepas pembinaannya dilakukan selama bertahun-tahun secara rahsia, lapor akhbar New York Post.

Ia merupakan pesawat pengebom AS serba baharu yang pertama dibina dalam tempoh lebih 30 tahun lalu dan didedahkan kepada orang ramai dalam satu majlis di Loji 42 Tentera Udara, Palmdale dalam upacara yang dikawal ketat.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

“Ini bukan sekadar sebuah pesawat. Ia menunjukkan keazaman Amerika untuk mempertahankan negara yang kita semua sayangi,” kata Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

Pesawat pengebom halimunan B-21 adalah sebahagian daripada usaha AS untuk memodenkan komponen persenjataannya melibatkan peluru berpandu balistik nuklear dan hulu peledak nuklear yang dilancarkan dari kapal selam kerana bagi menyaingi pemodenan ketenteraan China.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ia akan menggantikan pesawat B-1 Lancer dan B-2 Spirit yang kini dalam perkhidmatan namun sudah berusia. Pesawat dikatakan mirip B-2 itu dibina oleh syarikat Northrop Grumman Corp manakala kos pembinaannya tidak diketahui.

Bagaimanapun, Tentera Udara AS sebelum ini meletakkan harga pada kos purata AS$550 juta (RM2.4 bilion) setiap satu pada tahun 2010 iaitu bersamaan dengan kira-kira AS$753 juta (RM3.3 bilion) ketika ini.

Enam pesawat itu sedang dalam proses pengeluaran manakala Tentera Udara AS merancang untuk menggunakan 100 buah pesawat tersebut yang boleh membawa sama ada senjata nuklear atau bom konvensional dan boleh digunakan dengan atau tanpa kru manusia. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wikipedia, Inquirer.net dan Root Nation

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply