ARKIB

KATEGORI

Buletin

C-HR Prologue – Gambaran awal model pengeluaran Toyota C-HR generasi kedua

Berita Global

Views

Toyota memberi gambaran awal generasi kedua C-HR yang dijadualkan membuat penampilan sulungnya pada 2023 menerusi model konsep C-HR Prologue.

SUV kompak ini menampilkan evolusi gaya reka bentuk dan akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa hibrid dan hibrid ‘plug-in‘.

Model semasa C-HR mula diperkenalkan pada 2016 dan memasuki pertengahan kitaran hayatnya menerusi model facelift pada 2019.

Reka bentuk C-HR Prologue telah dihasilkan di studio ED2 Toyota yang terletak di selatan Perancis, tempat yang sama seperti model terdahulunya.

C-HR Prologue sebenarnya adalah evolusi daripada model konsep Small SUV EV yang telah dilancarkan pada Disember 2021 bersama beberapa lagi model prototaip.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Perubahan kecil telah dilakukan pada bahagian bampar, bumbung dan rimnya yang kini nampak lebih hampir ke arah fasa pengeluaran. Ia sekali gus mengesahkan rekaan imej paten yang tertiris dalam artikel kami yang terdahulu.

Rekaan muncung dengan gaya kepala ikan “yu tukul” dengan lampu hadapan jenis LED penuh kelihatan hampir sama dengan model EV dan hibrid Toyota lain.

Gaya sebegini merupakan hala tuju reka bentuk baharu pengeluar dari Jepun itu. Bampar depannya kini menampilkan elemen hitam mengelilingi liang udara besar yang hampir tertutup sepenuhnya untuk aerodinamik yang lebih baik.

Bentuk segitiga pada fender hadapan adalah elemen rekaan baharu, rim bersaiz besar dan muncung hadapan yang pendek menjadikannya lebih sporty dan lebih kompak berbanding model sebelumnya.

Warna badannya menampilkan kemasan cat tiga-rona, yang menggabungkan warna perak, hitam karbon dan “sulfur”. Dijangka versi pengeluarannya akan mengekalkan hampir kesemua rekaan luaran model konsep ini.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Mungkin, beberapa elemen model konsep seperti pemegang pintu tersorok dan kamera sisi akan digantikan dengan komponen yang lebih konvensional bagi mengurangkan kos pengeluarannya nanti.

Buat masa ini rekaan kabinnya masih lagi rahsia, namun ia dijangka lebih lapang dan praktikal berbanding sebelumnya.

Besar kemungkinan, C-HR generasi kedua ini akan menggunakan pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-C) yang ketika ini digunakan oleh model Corolla Cross dan Prius generasi baharu.

Pengeluaran model ini akan dibuat di Turkiye, sama seperti model generasi semasa. Pek baterinya pula akan dipasang di Eropah menggunakan sel bateri yang diimport.

Model yang akan berada di antara Yaris Cross dan Corolla Cross akan kekal dalam segmen-C, manakala lebih perincian mengenainya hanya akan diketahui apabila semakin hampir dengan tarikh pelancarannya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply