Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor (JPJ Negeri Johor) menerusi satu hantaran di laman Facebook memaklumkan, pihaknya telah berjaya mengesan dan menahan sebuah kenderaan import jenis Toyota Estima yang disyaki kenderaan klon di Taman Adda Heights, Johor.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Toyota Estima berkenaan telah dibawa ke pejabat JPJ Johor untuk pemeriksaan lanjut dan disita. Pemilik kenderaan tersebut turut dikenakan tindakan saman bagi kesalahan Seksyen 7 (1) Akta Pengangkutan Jalan, iaitu guna atau miliki kenderaan tidak berdaftar.
Selain itu, pemilik turut dikenakan saman bagi kesalahan Seksyen 108 (f) Akta Pengangkutan Jalan, iaitu pamer nombor pendaftaran bukan milik kenderaan tersebut serta Seksyen 90 (1), iaitu tiada perlindungan insurans.
Jika sabit kesalahan, pemandu tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 di bawah seksyen yang sama. Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan juga butiran aduan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit JPJ JOHOR
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI