ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terhidu gas karbon monoksida – Dua sahabat maut, dua lagi kritikal

Berita Tempatan

Views

Percutian empat pelajar yang sedang menunggu majlis konvokesyen mereka berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida awal pagi tadi.

Menurut Berita Harian, empat pelajar jurusan farmasi itu yang masing-masing berusia 21 tahun, termasuk sepasang kembar, singgah berehat di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya pada jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan dengan kereta balik ke Gurun dan Sungai Petani, Kedah.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenali Sharifah Fariesha Syed Fathi manakala rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri meninggal dunia ketika diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata dua lagi pelajar yang juga pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan dan Nor Aqilah pula kritikal.

Katanya, keempat-empat pelajar itu ditemui tidak sedarkan diri dipercayai mengalami keracunan gas karbon monoksida. Jelas beliau, siasatan awal mendapati empat sahabat yang belajar dalam jurusan farmasi di sebuah kolej dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas pergi ke Pulau Jerejak.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Tambahnya, dalam perjalanan pulang, mereka berhenti di stesen minyak itu untuk berehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri. Shafee berkata, semakan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta yang dinaiki mangsa berada di stesen minyak terbabit pada jam 8.30 malam tadi.

Mereka juga dilihat keluar membeli makanan di kedai serbaneka stesen minyak itu sebelum masuk semula ke kereta dan tidak keluar lagi sehingga bapa mangsa Ayuni Shazwanie menghampiri kenderaan itu. Bapa Ayuni Shazwanie keluar mencari anaknya selepas bimbang kerana mangsa masih tidak pulang selepas menghantar mesej kepada ibunya pada jam 9.15 malam sedangkan waktu itu sudah masuk jam 11 malam.

Shafee berkata, ketika bapa Ayuni Shazwanie tiba, didapati enjin kereta mereka masih hidup namun semua mereka sudah tidak sedarkan diri lalu menghubungi petugas perubatan. Katanya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Friends Of JPJ

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply