Memandangkan banyak model baharu dilancarkan sejak kebelakangan ini, kami ingin kongsikan info dari sahabat di Sabah, Alffian Jasni yang sangat mahir dalam urusan jual beli kereta berkenaan dengan isu kelulusan pinjaman. Sebelum anda membeli kereta baharu, sila pastikan anda memenuhi kriteria ini terlebih dahulu.
Ada banyak sebab yang membuatkan dokumen anda lemah dan ditolak oleh pihak bank. Ini adalah tips penting untuk memudahkan anda mendapatkan pembiayaan.
- Pendapatan RM1,700 adalah pendapatan bersih paling minimum untuk memohon pinjaman kenderaan. Ini adalah kunci utama anda sebelum meneruskan urusniaga.
- Rekod pinjaman lalu juga sangat penting ketika memohon pinjaman baharu. Harus diingat, jika kad kredit atau PTPTN anda bermasalah, sila selesaikannya terlebih dahulu.
- Status perkerjaan juga memainkan peranan. Sama ada tetap atau kontrak, gaji harian mahupun komisyen, semua ini akan diambil kira meskipun kita bergaji besar.
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
- Selain itu, jenis pekerjaan seperti polis, pengawal keselamatan, pemandu atau pekerja di pusat hiburan turut diambil kira bagi sesetengah bank. Kenapa? Pemarkahan (scoring) pembayaran balik dan risiko jenis pekerjaan ini agak tinggi. Jadi, jangan merasa pelik sekiranya kawasan tempat tinggal pun terlibat kerana kos sara hidup berbeza antara bandar-bandar di seluruh negara.
- Setiap bank mempunyai polisi mereka yang tersendiri. Ada kalanya ‘bank A’ tidak meluluskan permohonan anda tetapi ‘bank B’ boleh meluluskannya. Anda perlu berterus-terang dengan jurujual anda mengenai kedudukan kewangan sebenar. Mungkin mereka boleh membantu anda.
- Pinjaman penuh? Isu ini sangat sensitif bagi Bank Negara. Pinjaman kenderaan telah ditetapkan hanya 90 peratus sahaja kepada peminjam. Jika ada 100 peratus, hanya Bank Rakyat dan Bank Islam sahaja yang dibenarkan dengan syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya bank komersial melakukan pinjaman penuh, maka sebenarnya adalah disebabkan harga yang ditokok (mark up). Dari segi undang-undang ia memang salah, namun anda harus pandai berurusan dengan pengedar. Jangan memaksa sekiranya tidak boleh.
- Penjamin? Ada dua jenis penjamin. Pertama, boleh gabung pendapatan (ibubapa dan suami atau isteri). Kebanyakan orang salah faham adik-beradik boleh gabung pendapatan, sebenarnya dia hanya pada penjamin jenis nombor dua. Boleh jamin jika peminjam cukup pendapatan, tiada rekod pinjaman sebelum ini di bank negara ataupun baru masuk kerja. Jadi, jenis penjamin nombor dua adalah penjamin sekadar menjamin dan tidak boleh gabung pendapatan. Kalau gaji anda dibawah RM1,700 maka carilah penjamin yang boleh gabung pendapatan. Jangan cari adik-beradik, saudara-mara ataupun kawan-kawan anda sebab harapan untuk lulus cuma 20 peratus sahaja.
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
- Faedah bank? Setiap bank mempunyai kadar faedah yang berbeza bergantung dengan pemarkahan anda. Jangan salahkan bank jika faedah agak tinggi dengan kelulusan yang diprolehi. Jika anda sedar kewangan anda lemah, bersyukurlah bila ada bank yang sudi meluluskan pinjaman anda. Jangan banyak songeh!
- Deposit tinggi juga bukan membantu anda 100 peratus untuk mendapatkan kelulusan pinjaman kerana segalanya bergantung kepada pendapatan anda .
- Memiliki kenderaan atas nama sendiri tetapi diguna pakai dan dibayar oleh individu lain juga dikira sebagai komitmen anda. Jangan fikir kenderaan itu dibayar oleh orang lain bermaksud komitmen anda berkurangan. Ia tetap sama!
Oleh itu, apabila membuat pinjaman pada tahap pendapatan serendah RM1,700 sila pertimbangkan perkara-perkara di atas terlebih dahulu. Jangan terlalu percaya dengan pengedar untu menyelesaikannya sampai jadi kerana mereka bukannya pusat pinjaman. Tugas mereka cuma sebagai pemudah cara.
Akhir sekali, jangan sesekali cuba mengubah slip pendapatan anda, sama ada melakukannya sendiri ataupun bantuan daripada pengedar. Jika ‘kantoi’ , kes akan diserahkan kepada pihak polis dan anda bakal dihadapkan ke mahkamah. Nampak macam susah kan? Tapi sebenarnya tidak, kerana di negara yang bertuah ini kita masih boleh berhutang dengan bank dan perjanjian memihak kepada kita.
Semoga info ini memberi manfaat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit didyouknowcars.com
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI