ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton Ermpat – Gambaran pengganti Ertiga?

Gambaran Artis

Views

Bila baca tajuk artikel ini memang akan rasa agak lucu kan? Ye lah, sebab nama Proton Ermpat dah memang kelakar, solah-olah mengajak kita untuk belajar mengira pula. Selepas Ertiga kemudian Ermpat, Erlima, Ernam, Ernie Zakri (eh bukan). Begitulah seterusnya sampai habis segala nombor disebut.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Seperti biasa, jika ada gambaran manipulasi foto yang realistik sebegini, tidak lain tidak bukan ia hasil karya Theophilus Chin. Menurut Theo, Ermpat adalah gambaran kepada pengganti Ertiga yang merupakan MPV subkompak Proton yang akan berentap dengan Perodua Alza, Toyota Avanza, Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V.

Dari segi rekaan luaran, Ermpat adalah berdasarkan model asalnya Ertiga yang diolah semula dengan menggabungkan elemen rekaan dari model X50 dan juga Saga. Di bahagian depan, ternyata jelas sekali rupa paras X50 kelihatan terutama sekali rekaan lampu, jeriji dan juga bampar. Namun begitu, ia nampak agak sesuai dengan bentuk MPV.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Pada bahagian sisi juga turut disuntik dengan elemen rekaan X50, seperti lekuk pada pintu dan bentuk tingkap yang bersambung terus dengan tiang-C belakang. Ke bahagian belakang, Ermpat menampilkan rekaan lampu mirip X50, spoiler belakang yang sporty dan juga bampar yang dikacuk dengan elemen rekaan Saga.

Bukan setakat luaran sahaja, Theo turut menampilkan rekaan dalaman Ermpat yang diolah dari model terkini Geely GS. Rekaannya agak ringkas, tetapi susun atur papan pemuka nampak kemas dan moden. Secara keseluruhan reka bentuk ini nampak menarik dan sesuai dengan keluarga kecil yang memerlukan kenderaan yang lebih lapang serta pelbagai guna.

Apa pula pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply