ARKIB

KATEGORI

Buletin

EON tampil dengan logo baharu – Ambil alih 9 cawangan Proton Edar

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) melancarkan logo syarikat yang baharu, menandakan penyertaan Proton sebagai salah satu jenama di bawah naungannya. Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, EON kini mengendalikan sembilan pusat pengedaran Proton selepas mengambil alih cawangan-cawangan berkenaan daripada Proton Edar Sdn Bhd.

Ini juga merupakan penjenamaan semula kali ketiga EON, sejak ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai pengedar eksklusif kereta Proton di Malaysia. EON berkata, pada tahun 1990, perubahan kecil pada logo dibuat sempena penyenaraian mereka di Bursa Malaysia, EON kemudiannya telah dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula syarikat.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Selain itu, EON juga telah mengumumkan permulaan perniagaan pengedaran Proton. EON kini memiliki sembilan pusat pengedar Proton, termasuk empat pusat 4S (penjualan, servis, alat ganti, badan dan cat) dan tiga cawangan 3S (jualan, servis, alat ganti) .

Empat cawangan itu berada di wilayah tengah, manakala dua cawangan, masing-masing di Johor dan Pulau Pinang. EON berkata, berkuat kuasa hari semalam, kesemua sembilan cawangan terbabit akan berada di bawah pengurusan EON.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Tambah kenyataan itu lagi, ketika Proton kembali kukuh dengan model terbaharu serta rangkaian model-model berwajah baharu mereka, EON kini berada pada kedudukan terbaik untuk mengambil kesempatan daripada populariti kereta nasional pada masa ini.

EON berkata, kemasukan Proton kepada barisan jenama yang diuruskan EON memperkukuhkan senarai jenama-jenama yang diuruskan olehnya. Ketika ini, ia turut mengedarkan jenama tersohor Jerman iaitu Audi dan Volkswagen serta kenderaan Mitsubishi dari Jepun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply