Pelumba rali negara, Karamjit Singh bakal beralih menggunakan Perodua Myvi bagi menghadapi musim baharu Kejuaraan Rali MNRC 2023, meninggalkan jentera Proton yang sentiasa menjadi pilihannya sebelum ini.
Pemandu berusia 60 tahun itu berkata, meskipun hatinya berat tetapi keputusan menggunakan Myvi yang dikenali sebagai ‘King’ di bibir pengguna kereta Malaysia harus dibuat untuk ‘mengubah angin‘.
“Saya sebenarnya peminat Proton. Dari 1988 dan sehingga sekarang memang saya memandu Proton tapi sayangnya kami tidak menerima sokongan daripada Proton.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
Saya daripada 2017, membeli dan membelanjakan lebih RM500,000 wang sendiri (untuk mengubahsuai kereta Gen 2) sehingga terpaksa keluarkan semua duit persaraan.
“Memang nak cari penaja untuk membuat kereta baharu… ‘boss’ saya pun kata ‘kenapa tidak lupakan Proton‘. Lagipun kereta rali (pada waktu ini) memang menggunakan kereta kecil seperti saiz Myvi kerana senang serta kurang berat untuk dipandu.
“Jadi kita cuba, mana tahu Perodua akan memberikan sokongan kepada kita. Sebab itulah kita nak tukar kepada Perodua. Walaupun begitu, saya sebenarnya ‘sayang’ nak tukar kerana saya peminat Proton, tetapi apa boleh buat, terpaksa tukar jenama,” kata Karamjit selepas majlis penyerahan kemenangan Kejuaraan Rali MNRC 2022 di sini, hari ini.
Pada musim lalu, Karamjit bersama pembantunya, Jagdev Singh muncul juara keseluruhan Kejuaraan Rali MNRC 2022 dengan menggunakan jentera Proton Gen 2 yang berusia 15 tahun.
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
Dalam pada itu, Karamjit turut memberitahu, bagi kalendar 2023 pasukannya Cisco Racing mempunyai perancangan menyertai Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) dan perlumbaan di Indonesia.
“Kami ada perancangan yang bagus… mahu menyertai perlumbaan di Indonesia – 10 rali di Indonesia dan empat di Malaysia. Selain itu, kami berharap dapat menyertai beberapa pusingan di Asia Pasifik.
“Saya sertai empat pusingan di Indonesia tahun lalu dan mereka ada meminta saya untuk kembali bersaing kerana mereka mahu belajar daripada saya selain menjadikan saya sebagai tanda aras kepada anak muda di sana.
“Sudah tentu, rali adalah sesuatu yang saya gemari dan mungkin menyertainya bersama salah sebuah pasukan Indonesia nanti. Ada beberapa pasukan menawarkan tempat namun saya belum putuskan dan akan tetapkan nanti,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Shah Hafiz
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
KOMEN TERKINI