ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Tersesat’ punca suspek tunggang lawan arus hingga akibatkan kematian penunggang Ducati di SUKE

Berita Tempatan

Views

Suspek menunggang motosikal secara lawan arus punca kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) sudah tampil membuat laporan, semalam.

Siasatan mendapati, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu menunggang secara demikian kerana tersesat lalu mengambil keputusan menaiki jejambat lebuh raya SUKE untuk ke rumahnya di Kajang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek telah tampil membuat laporan polis di Balai Trafik Kajang, semalam.

Katanya, ketika kejadian suspek yang merupakan peniaga makanan dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke rumah di Kajang.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Suspek yang tersesat membuat keputusan untuk memasuki jejambat lebuh raya SUKE dengan melawan arus sehingga kemalangan berlaku.

Tambah beliau, akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh dari motosikalnya namun terus pulang ke rumah.

Menurut Azam, suspek hanya mengetahui kes berlaku setelah menonton berita di televisyen serta hebahan di media sosial.

Tambah beliau, akibat perlanggaran itu suspek mengalami kecederaan patah di bahagian bahu kanan, jari kelingking dan luka di bahu kiri serta kaki kanan.

Sebuah motosikal jenis Yamaha telah dirampas bersama dengan beberapa barang kes lain. Sebanyak enam rakaman percakapan saksi termasuk suspek telah direkodkan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kedua-dua buah motosikal terlibat akan dihantar ke Puspakom dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

Mengulas lanjut, Azam memaklumkan tangkapan tidak dibuat memandangkan keadaan suspek yang cedera parah dan sukar bergerak. Prosedur lanjut akan diambil setelah keadaan suspek stabil dan siasatan masih diteruskan.

Rabu lalu, Kosmo! melaporkan , seorang penunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, menyebabkan mangsa melanggar penghadang sebelah kiri jalan lalu terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 meter.

Sementara itu, motosikal yang ditunggang mangsa telah terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Sungai Klang. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply