ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sesi temuduga Tesla Malaysia diserbu ribuan ‘pencari kerja’

Berita Tempatan

Views

Sesi temuduga terbuka Tesla Malaysia yang diiklankan sebelum ini diserbu ribuan orang ramai pada Sabtu.

Difahamkan sesi temuduga yang bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 4 petang itu diadakan di pejabat Cyberview Sdn Bhd yang terletak di Persiaran Apec, Cyberjaya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Bagaimanapun seawal jam 10 pagi lagi ribuan pencari kerja dilihat mula beratur sehingga mengakibatkan kesesakan berlaku.

Sebelum ini Tesla Malaysia mengiklankan pengambilan pekerja untuk operasi ibu pejabatnya yang pertama di negara ini.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menerusi iklan itu, lima perjawatan dibuka kepada orang awam iaitu penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.

Awal Mac lalu, Tesla mengumumkan akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia menerusi Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla.

Ia susulan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke negara ini. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SoyaCincau – BM

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply