ARKIB

KATEGORI

Tular

Tertekan injak pemecut punca Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

Tular

Views

Seorang pekerja restoran makanan segera cedera apabila dirempuh oleh sebuah kereta dipandu warga emas yang terperosok ke dalam sebuah pasar raya di Puchong, petang semalam.

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang sewaktu pemandu iaitu seorang lelaki berusia 64 tahun selesai membeli barang keperluan di pasar raya itu dan dalam perjalanan pulang.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pemandu berkenaan bagaimanapun telah tertekan injak pemecut mengakibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandunya merempuh masuk ke dalam pasar raya berkenaan dan melanggar seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan kaunter sebuah restoran makanan segera di situ.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang berusia 31 tahun yang juga pekerja restoran berkenaan telah mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Serdang namun keadaannya dilaporkan stabil.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Menurut Anbalagan, pemandu warga emas berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, beberapa rakaman video oleh orang awam tular di laman media sosial memaparkan orang ramai bekerjasama mengangkat sebuah kereta yang terperosok ke dalam sebuah pasar raya bagi mengeluarkan mangsa dari bawah kereta tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply