ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Theophilus Chin beri gambaran awal Perodua Axia STYLE baharu! Ngam tak?

Impresi Artis

Views
Perodua Axia Style

Jika semalam sahabat kami yang sememangnya pakar dalam manipulasi digital iaitu Theophilus Chin atau Theottle cuba ‘membayangkan’ Perodua Bezza generasi baharu, hari ini Theo cuba menghasilkan rekaan Axia (D74A) versi STYLE.

Dengan menggunakan rekaan asas Axia (D74A), Theo telah mengolah model hatchback kompak itu dengan memasukkan gaya crossover, sama seperti varian STYLE yang terdahulu.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Masih mengekalkan warna Sunrise Orange Metallic, Theo telah menjadikan warna badannya dwitona dengan menambah warna hitam piano pada bahagian bumbung, cermin sisi dan tiang-A.

Perubahan telah dibuat pada bampar hadapan dengan penambahan plat gelincir kemasan krom kusam dan motif bentuk sarang lebah pada liang udaranya.

Di bahagian sisi, Axia STYLE versi Theo ditambah dengan pelapik lengkung tayar dan skirt sisi gaya lasak. Pada bahagian bumbungnya pula kelihatan rel para bumbung kemasan hitam, yang cukup sinonim dengan model crossover.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Rimnya juga diubah dengan rekaan jejari yang lebih tebal, manakala bampar belakangnya turut dihiasi dengan plat gelincir kemasan krom kusam yang diapit dengan sepasang pemantul cahaya pada penjuru kiri dan kanan.

Jika tidak silap pandangan penulis, jarak lega tanah Axia STYLE versi Theo kelihatan sedikit tinggi berbanding model standardnya.

Secara keseluruhan, penulis ‘suka’ dengan rekaan Axia STYLE ini yang nampak lebih matang dan mengikut arus semasa. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin@Theottle

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply