ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lepasi sasaran tahunan tanpa perlu membina kilang baharu, Bezza model terlaris bulan November

Berita Tempatan

Views

Perodua telah berjaya menjual 250,795 unit kenderaan antara Januari dan November tahun ini, sekali gus melepasi sasaran tahunan keseluruhannya sebanyak 247,800 unit yang diumumkan pada awal tahun.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, pencapaian ini menunjukkan keupayaan mereka dalam memaksimumkan sumber semasa, baik di Perodua mahupun para pembekal.

Tambah beliau, pihaknya kini menyedari bahawa mereka boleh meningkatkan lagi operasi, dalam jualan dan pengeluaran tanpa perlu melabur untuk kilang baharu atau mendapatkan kawasan tanah yang luas bagi operasi pembuatan.

Oleh itu, Perodua akan terus melabur dalam menaik taraf operasi sebagai satu kumpulan dengan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran warganya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Perodua juga akan bekerjasama secara rapat dengan para pembekal dan pengedar bagi memastikan operasi mereka mampu memenuhi permintaan dan cabaran-cabaran yang mendatang.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, jualan Perodua meningkat sebanyak 50.0 peratus kepada 250,795 daripada 167,250 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Peningkatan jualan berbanding tempoh yang sama tahun lalu adalah disebabkan oleh penutupan Covid-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan antara Jun dan pertengahan Ogos tahun 2021.

Jualan bulanan juga mencatatkan rekod baharu dengan 28,592 unit pada November 2022, meningkat 40.9 peratus jika dibandingkan dengan 20,299 unit yang dijual pada November 2021.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Bukan itu sahaja, ia turut menunjukkan peningkatan 10.6 peratus jika dibandingkan dengan 25,849 unit yang dijual pada Oktober tahun ini.

Tiga model terlaris Perodua yang dijual pada November ialah Bezza dengan 8,089 unit, diikuti Myvi dengan 6,624 unit dan Axia dengan 5,812 unit.

Tambah Datuk Sri Zainal, pihaknya akan meneruskan momentum jualan dan pembuatan kami untuk memastikan semua pelanggan mendapat kereta dengan lebih cepat, sebelum 31 Mac 2023.

Mengenai penetapan semula sasaran baharu tahun ini, beliau berkata syarikat kereta kompak nasional itu akan mengumumkan jumlah sebenar tahunan keseluruhan pada Januari nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply