ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sasar jualan 5,700 unit Axia serba baharu (D74A) sebulan, terima 20,100 unit tempahan

Berita Tempatan

Views

Perodua meletakkan sasaran jualan sebanyak 5,700 unit sebulan bagi model Axia serba baharu (D74A), sekali gus menjadikan sasaran pengeluaran tahunan model itu melebihi 82,000 unit.

Dalam masa yang sama, Perodua menjangkakan seramai 2,900 pelanggan terawal dijangka bakal menerima kereta baharu mereka dalam tempoh terdekat.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, fokus pihaknya untuk Axia serba baharu (D74A) kini terbahagi kepada dua, iaitu memaksimumkan penghantaran kepada pelanggan dan menukar tempahan Axia generasi sebelumnya kepada model baharu.

Tambah beliau, daripada 44,000 tempahan sedia ada, Perodua telah berjaya meyakinkan seramai 13,600 pelanggan untuk bertukar kepada model baharu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Jika digabung dengan lebih 6,500 tempahan baharu sejak 31 Januari lalu, jumlah tempahan Axia serba baharu (D74A) kini mencecah angka 20,100 unit.

Perodua turut meletakkan sasaran 314,000 pendaftaran dan 330,000 pengeluaran untuk kesemua model mereka pada tahun ini.

Tambah Datuk Sri Zainal, ia menggambarkan komitmen mereka untuk memastikan tempahan para pelanggan dapat dihantar dalam masa yang terbaik tanpa menjejaskan kualiti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply