ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Theottle beri gambaran awal Proton X90 versi R3

Impresi Artis

Views

Belum lagi sempat Proton X90 dilancarkan secara rasmi, pakar manipulasi digital tersohor yang juga sahabat penulis, Theophilus Chin atau Theottle telah memberi gambaran awal versi R3 untuk SUV tersebut.

Pada pendapat kami, ia mungkin lebih sesuai untuk dijadikan versi R3 Limited Edition kerana ia langsung tidak mengenakan sebarang kit badan dan juga spoiler.

Rekaan digital ini cuma mengenakan tema warna R3, iaitu kombinasi warna luaran hitam dengan calitan berwarna kuning keemasan pada beberapa bahagian.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Di bahagian hadapan, rekaan jejalur busur atau “Ethereal Bow” diberi kemasan warna kuning keemasan, manakala kemasan berbentuk berlian pada motif “Infinite Weave” baharu pula digelapkan dengan warna hitam supaya nampak sporty.

Sentuhan warna kuning keemasan turut diberikan pada lingkaran luaran perumah lampu kabus LED, manakala plat gelincir di bawah bampar turut digelapkan.

Di bahagian sisi, rimnya turut menerima sentuhan warna hitam dan pelapik badan plastik pada bahagian bawah pintu diwarnakan dengan kuning keemasan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ke belakang, palang krom pada pintu but turut mendapat kemasan warna kuning keemasan, selain pada penjuru kawasan tempat meletak nombor plat dan pemantul cahaya.

Plat gelincir pada bahagian bawah bampar belakang turut digelapkan, supaya harmoni dengan yanga ada di hadapan. Tidak dilupakan, lencana R3 warna kuning keemasan turut ditampal betul-betul di bawah emblem X90.

Secara keseluruhan kombinasi warna hitam dan kuning keemasan telah berjaya menonjolkan sedikit ‘sisi gelap’ SUV tersebut, meskipun tanpa sebarang perubahan yang drastik. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply