ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota RAV4 akan tiba tidak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang dan juga media sosial Toyota Malaysia telah mula menayangkan iklan acah model generasi kelima SUV segmen-C RAV4. Ini bermakna model tersebut bakal hadir ke pasaran dalam masa yang terdekat. Bukan itu sahaja, satu laman khusus untuk model tersebut juga telah mula disiarkan dalam laman sesawang rasmi untuk bakal pelanggan mendaftarkan minat mereka. Anda boleh berbuat demikian menerusi pautan ini.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Buat masa ini tiada sebarang maklumat diberikan menerusi laman tersebut, termasuklah spesifikasi teknikal dan juga mekanikalnya. Namun di pasaran di negara lain, SUV segmen-C ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin Dynamic Force – salah satunya ialah enjin M20A-FKS 2.0 liter empat silinder yang mampu menjana 169 kuasa kuda dan 203 Nm daya kilas. Satu lagi enjin berkapasiti lebih besar, iaitu A25A-FKS 2.5 liter yang menghamburkan 202 kuasa kuda dan 249 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Selain itu RAV4 turut ditawarkan dalam versi hibrid dan hibrid plug-in (PHEV), kedua-duanya dijana oleh enjin A25A-FKS yang menghasilkan 219 kuasa kuda dan 279 Nm daya kilas untuk versi hibrid, manakala untuk versi PHEV pula, ia mampu menjana kombinasi output 302 kuasa kuda. Mungkin salah satu daripada senarai enjin tersebut nanti bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

RAV4 dibangunkan dari pelantar serba baharu Toyota New Global Architecture (TNGA), versi GA-K yang turut dikongsi bersama model Harrier generasi baharu. Model ini bakal berentap dengan Honda CR-V dan Mazda CX-5 dan dijangka tanda harganya akan lebih tinggi berbanding dengan satu lagi model SUV Toyota, C-HR yang dijual pada harga RM150,000. Tidak mungkin Toyota sanggup mencaras jualan modelnya sendiri kan, betul tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply