ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada tumpahan minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, ia adalah foto lama. Hentikan penyebarannya – ANIH Berhad

Info

Views

ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semalam telah menafikan berlakunya tumpahan minyak antara KM46.2 hingga KM46.8 arah timur (Bukit Tinggi). Syarikat ingin memaklumkan bahawa mesej bergambar yang kini sedang tular menerusi aplikasi Whatsapp, Facebook dan Twitter yang mendakwa kononnya terdapat tumpahan minyak di kawasan tersebut adalah tidak benar.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Sebaliknya gambar yang sedang ditularkan itu adalah insiden lama berlaku pada 10 April 2019 membabitkan insiden kemalangan treler. Oleh itu, syarikat memohon pengguna Lebuhraya KLK supaya tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menyebarkan gambar lama lokasi insiden kemalangan berkenaan.

Orang ramai terutamanya pengguna Lebuhraya KLK juga diminta menghentikan sebarang mesej berkenaan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan serta suasana panik, khususnya apabila ramai yang ingin pulang ke pantai timur untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Justeru, pengguna dinasihatkan melayari laman sosial syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk mengetahui maklumat rasmi mengenai keadaan trafik di lebuh raya. ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang merangkumi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bermula dari Gombak di KM 19.2 Lembah Klang hingga ke Jabor di KM 250 Terengganu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply