ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga individu maut terperangkap dalam Perodua Alza di R&R Yong Peng

Berita Tempatan

Views

Tiga individu ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Yong Peng, arah selatan dekat Batu Pahat pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Penguasa Bomba Kanan II Suhairulair Sarip berkata, mangsa terdiri daripada lelaki berusia 23 dan 25 tahun serta seorang wanita berusia 27 tahun.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jelasnya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Mereka yang terperangkap dikeluarkan oleh orang awam yang bertindak memecahkan cermin kenderaan berkenaan sebelum itu.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.59 malam tadi (Selasa) sebelum enam anggota bomba dan satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Setibanya di lokasi, pihak bomba dapati mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam. Ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati mereka sudah meninggal dunia dan semua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan operasi tersebut selesai pada jam 11.22 malam.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Difahamkan semua mangsa dipercayai warga Myanmar dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit info.semasa

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply