ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian S50 (SS11) ditemani abangnya X90

Foto Intip

Views

Kalau anda perasan, semakin ‘rancak’ Proton menguji S50 (SS11) di jalan raya kan? Kelibat unit ujian S50 (SS11) telah berjaya dikesan oleh sahabat kami Hazizy Shahar di sekitar Tanjung Malim, semalam.

Kali ini, ia tidak bersendirian kerana ditemani abangnya iaitu, X90 yang menjadi kenderaan pengiring. Jika anda perasan, tampalan pelekat penyamaran pada jeriji ‘Infinite Weave‘nya membentuk reka corak yang berbeza dengan X90.

Mungkin itu gambaran awal bagaimana taburan kemasan berbentuk motif berlian yang diinsirasikan dari corak songket pada jerijinya nanti. Dari satu sudut yang lain, unit ujian S50 (SS11) kelihatan lebih rendah berbanding Perodua Bezza.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Namun dari saiz, memang nampak agak ketara yang S50 (SS11) ini lebih lebar dan panjang. Dari segi dimensi, model sedan ini berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,650 mm.

Ini bermakna, S50 (SS11) akan berada dalam segmen-C dan dijangka ‘menyakat jualan’ Honda Civic dan juga Toyota Corolla yang telah ada di pasaran.

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik kami Mat Bond mengakatakan yang  S50 (SS11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian. Berikut adalah senarai varian Proton S50 (SS11):

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sedan terbaharu Proton ini buat permulaan akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas, yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu. Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):

  • Passion Red (Solid)
  • White (Solid)
  • Space Grey (Metalik)
  • Quartz Black (Metalik)
  • Armour Silver (Metalik)
  • Deep Marine Blue (Metalik)
  • Teal Bayon Green (Metalik) – warna baharu

Tambah Mat Bond, fasa pengeluaran massa S50 (SS11) dijangka bermula pada bulan Oktober, manakala pelancarannya mungkin dibuat seawal bulan November tahun ini.

Selain S50 (SS11), Proton dijangka memperkenalkan dua lagi model sedia ada yang dikemaskini, iaitu X70 MC2 dan X50 RC1. Kedua-dua model SUV ini dijangka mengalami perubahan kosmetik kecil dan diberi beberapa penambahbaikan pada ciri sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hazizy Shahar

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply