ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Iriz MC2 versi crossover dan Persona MC2 tetap diuji walaupun PKP

Foto Intip

Views

Memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk terus beroperasi termasuk aktiviti automotif (kenderaan dan komponen), Proton tidak melepaskan peluang tersebut untuk terus giat melakukan ujian untuk dua model terbaharu mereka tahun ini, Iriz MC2 versi crossover dan Persona MC2.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Beberapa foto kelibat kedua-dua unit ujian yang masih berpelitup celoreng ini telah dimuatnaik ke laman Facebook ‘rakan sekutu’ kami TheAjerul, petang tadi. Difahamkan ia telah berjaya dikesan sekitar Lebuhraya LDP oleh Muhamad Nur Affieq dan Nadhira Ahmad Najib.

Menurut TheAjerul, model Iriz MC2 akan mempunyai dua pilihan warna baharu, Passion Red dan Citric Orange. Warna ini telah digunakan oleh model SUV kompak X50 dan besar kemungkinan bakal menghiasi badan Iriz MC2 versi crossover.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Menurut maklumat dari ejen perisik Mat Bond, besar kemungkinan Persona dan Iriz MC2 bakal memulakan fasa pengeluaran massa sekitar penghujung bulan Februari atau awal bulan Mac 2021. Kami menjangkakan ia bakal diperkenalkan pada bulan April atau selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun depan, namun ia bergantung kepada situasi semasa.

Baru-baru ini, Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) mengumumkan kedua-dua model itu telah berjaya menerima penarafan 5-Bintang. Apa yang pasti ia bakal menggunakan transmisi 4-kelajuan automatik pada model Saga yang bakal menggantikan CVT selain beberapa peningkatan dan juga perubahan kosmetik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TheAjerul

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply