ARKIB

KATEGORI

Buletin

TNB dan DHL jalin kerjasama bangunkan khidmat penghantaran guna kenderaan elektrik

Berita Tempatan

Views

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan DHL Express Malaysia (DHL) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka pembangunan kerangka rantaian bekalan yang lebih mesra alam. MoU ini berkuatkuasa mulai 10 Jun 2021 bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Menerusi MoU ini, mereka akan memfokuskan kepada perkhidmatan penghantaran menggunakan kenderaan elektrik (EV) dalam kumpulan kenderaan DHL. Ia turut melibatkan kerjasama dalam inisiatif karbon sifar dan pengurangan kos, termasuk penggunaan peralatan yang cekap tenaga, sistem pengurusan tenaga bangunan dan panel solar pada bumbung.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

DHL kini sedang meneliti rantaian bekalan elektrik TNB bagi mengenalpasti peluang untuk penambahbaikan. TNB memacu kerjasama ini dengan pemasangan infrastruktur pengecas EV di fasiliti dan lokasi strategik sepanjang laluan perkhidmatan DHL.

DHL Express pula akan melancarkan kumpulan pertama van EV di pusat perkhidmatannya di Kuala Lumpur menjelang awal tahun hadapan. Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo, penggunaan kenderaan elektrik adalah satu daripada beberapa inisiatif pihaknya bagi mengurangkan jejak persekitaran dan memacu operasi mereka ke arah penyahkarbonan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din pula berkata, TNB akan menyokong matlamat kelestarian DHL melalui anak-anak syarikatnya termasuk GSPARX Sdn. Bhd. yang membekalkan sistem panel solar pada bumbung, Maevi Sdn. Bhd. bagi penyelesaian pengurusan tenaga bangunan dan TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES) bagi pengauditan tenaga.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dari aspek penjanaan, TNB kini mengukuhkan kedudukannya dalam bidang sumber tenaga hijau dengan mengguna pakai teknologi baharu RE bagi penjanaan tenaga solar, angin, biojisim (biomass) dan biogas yang menyumbang kepada penjanaan berjumlah 713.2MW. TNB berhasrat untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharunya (RE) kepada 8,300MW menjelang 2025, menerusi inisiatif domestik dan antarabangsanya.

Sehingga Mac 2021, kapasiti RE TNB adalah pada 3,402MW. Daripada jumlah itu, 2,736MW adalah penjanaan di Malaysia, manakala 666MW di luar negara. MoU ini adalah sebahagian daripada langkah DHL dalam mengukuhkan portfolionya yang berfokuskan logistik berasaskan EV, sejajar dengan langkah Kumpulan Deutsche Post DHL dalam mempercepatkan proses dekarbonisasi syarikat.

Untuk tujuan ini, kumpulan itu akan melabur EUR7 bilion bagi 10 tahun akan datang untuk mengurangkan pelepasan CO2nya. Ia melibatkan penggunaan lebih banyak kenderaan elektrik dalam kumpulan kenderaannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply