ARKIB

KATEGORI

Buletin

TOGG – Kereta elektrik pintar pertama buatan Turki

Berita Global

Views

Dalam diam-diam, Turki membangunkan kereta elektrik buatan sendiri dan baru-baru ini pengeluar kereta dari negara tersebut, Türkiye’nin Otomobili Girişim Grubu (TOGG) telah memperkenalkan prototaip awal model SUV segmen C dan model konsep sedan.

Pengenalan model-model tersebut telah disempurnakan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Model SUV segmen C itu bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun 2022 dan akan menjadi kereta pintar dengan ciri-ciri terbaik dalam kelasnya seperti jarak gandar yang lebih panjang, ruang dalam yang luas, daya pecutan yang terbaik dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.

Reka bentuk model SUV ini adalah hasil gabungan idea Pasukan Reka Bentuk TOGG bersama Pininfarina yang menampilkan gaya reka bentuk yang menepati citarasa warga Turki dan juga global. Beberapa unsur rekaan yang diinspirasikan oleh budaya Turki turut diterapkan pada gaya rekaan model tersebut sebagai contoh  bunga Tulip, yang diolah pada jeriji depan dan rim aloi.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Rekaan dalamannya begitu mewah dan moden, seolah-olah berada di dalam kokpit pesawat. Susun atur papan pemuka dan butang-butang diolah dengan cukup kemas dan minimalis, sesuai dengan kenderaan era milenialis. Selain itu kereta ini juga boleh ‘bercakap’ dengan adanya teknologi arahan suara.

Model SUV ini dijana oleh teknologi bateri berkuasa tinggi Li-ion dengan dengan dua pilihan jarak pemanduan, iaitu sejauh 300+ km atau 500+ km. Ini membolehkan pemilik untuk mengkonfigurasi kereta dengan memilih julat yang paling sesuai berdasarkan keperluan mereka.

Dengan tekologi pengecasan pantas, bateri kereta ini mampu dicas pada tahap 80 peratus dalam tempoh kurang dari setengah jam. Jadi ia tidak akan mengganggu perjalanan jauh dan pemandu juga boleh berehat sambil minum kopi sementara menunggu kereta mereka dicas, Apa yang menarik, pek bateri canggih ini ditawarkan dengan jaminan selama 8 tahun!

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO

Selain itu dua pilihan pacuan ditawarkan – pacuan roda belakang (RWD) dengan motor elektrik tunggal yang mampu menjana 200 kuasa kuda atau sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor elektrik yang diletakkan di hadapan dan belakang, menawarkan gabungan kuasa sehingga 400 kuasa kuda.

Sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor elektrik di bahagian depan dan belakang ini turut memberikan pengendalian dan prestasi yang lebih mantap dalam cuaca buruk dan keadaan jalan raya. SUV ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam tempoh 7.6 saat menerusi sistem RWD manakala versi AWD hanya memerlukan 4.8 saat.

Model ini turut dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu seperti “Pemanduan Trafik Perlahan” serta mampu mencapai tahap “Tahap 2+” pemanduan autonomi yang boleh dipertingkatkan ke “Tahap 3 dan seterusnya.” Kereta ini akan disambungkan dengan internet tanpa perlu menggunakan sebarang sebarang peranti luar dan sedia untuk tekonologi 5G.

SUV segmen C ini bakal dilengkapi dengan teknologi “Bantuan Holografik” yang mengubah pengalaman di dalam kereta sepenuhnya dengan menggantikan teknologi paparan dua dimensi (2D) dengan pengimejan tiga dimensi (3D) dan teknologi “augmented reality“.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply