ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Yaris dilancarkan – Tiga varian, harga dari RM70,888

Berita Tempatan

Views
Yaris gaya muda, Harga orang muda bermula RM71k -RM84k

UMW Toyota Motor (UMWT) kembali merancakkan pasaran model hatchback segmen-B dengan melancarkan Toyota Yaris serba baharu malam tadi. Harga yang ditawarkan bermula dari RM70,888 dan ia merupakan model Toyota kedua selepas Vios yang dikeluarkan di kilang baharu UMWT, Bukit Raja, Klang, Selangor.

Yaris ditawarkan dengan tiga varian dan harga atas jalan tanpa insurans mengikut varian :

  • Yaris 1.5J – RM70,888
  • Yaris 1.5E – RM76,888
  • Yaris 1.5G – RM83,888



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Tampil dengan reka bentuk yang sporty sesuai untuk orang muda dan mereka yang berjiwa muda, Yaris dilengkapi dengan enjin 2NR-FE 1.5 liter, empat-silinder DOHC Dual VVT-i yang dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan CVT (Sport Sequential Shiftmatic) yang dilengkapi dengan mod manual.

Antara ciri-ciri menarik Yaris ialah lampu depan dengan fungsi Follow-Me-Home, meter Optitron dan Paparan Pelbagai Maklumat (MID), cermin pandang belakang anti-silau (electrochromic), pendingin hawa automatik, suis mod pemanduan dengan pilihan mod Eco dan Sport.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Pemantauan Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), tujuh beg udara, Monitor Paparan Panoramik (PVM), Bantuan Mula Mendaki (HAC) dan Perakam Video Digital Hadapan (DVR/Dashcam).

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Presiden UMWT, K Ravindran berkata, pengenalan Yaris adalah bagi menyahut seruan kerajaan untuk melihat peningkatan dalam kandungan serta aktiviti pengeluaran kenderaan tempatan. Tambahnya lagi, UMWT sudah lama tidak mempunyai kenderaan jenis hatchback di pasaran Malaysia, kali terakhir adalah menerusi model Yaris (tahun 2006 dan 2012) yang dibawa masuk secara import sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Selera dan keperluan pengguna juga sudah berubah terutama dari generasi muda, yang meminati rekaan hatchback kerana ia memberikan imej sporty. Selain itu Yaris juga merupakan model hatchback pemasangan tempatan (CKD) yang pertama dari UMWT.

Yaris turut menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP dan ditawarkan dengan lima pilihan warna yang ranggi, Citrus Mica Metallic, Super White II, Red Mica Metallic, Attitude Black dan Silver Metallic. Untuk perincian penuh mengenai model ini anda boleh menonton video yang telah kami sediakan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ENGEAR TV

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply