ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota bakal lancar model baharu 27 September ini?

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media, UMW Toyota Motor (UMWT) ingin menjemput semua warga Malaysia untuk ikut serta dalam satu perjalanan yang akan memberikan mereka peluang mengalami sebahagian daripada masa depan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Beberapa infografik turut dilampirkan yang memaparkan perjalanan awal tersebut menjanjikan keterujaan menakjubkan, kesunyian, harmoni, tenaga, ketahanan dan kuasa. Ia seolah memberi petunjuk awal mengenai sebuah model baharu yang hanya bakal diketahui pada 27 September ini.

Menurut Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama, pihaknya akan membuat pengumuman terperinci tentang ini dalam masa terdekat, dan ia akan memberi impak besar tidak hanya kepada jenama ini sahaja, tetapi ke atas industri secara keseluruhannya, serta terhadap gaya hidup dan pilihan yang sudah serasi dengan kita.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, komitmen Toyota tidak hanya terhad kepada industri automtotif semata-mata, dan ia sebuah usaha yang akan melibatkan semua pihak berkepentingan sekiranya matlamat itu ingin dicapai dengan jayanya, melangkaui sekadar pengilangan dan pemasangan kenderaan.

Adakah ini memberi gambaran awal model Corolla Cross Hybrid bakal diperkenalkan dalam masa terdekat? Nantikan pengumuman seterusnya menerusi laman sesawang www.toyota.com.my atau di laman media sosial Facebook dan Instagram untuk perincian lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply