ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dron kargo ciptaan UTHM diktiraf Malaysia Book of Records

Berita Tempatan

Views

Kejayaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta satu dron kargo bersaiz besar pertama di Malaysia dikenali sebagai C-Drone dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR), pada Rabu lepas.

Menurut Sinar Harian, kejayaan tersebut lebih manis kerana ia menjadi hadiah untuk UTHM yang baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-28 pada Khamis lalu.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ketua Projek C-Drone, Profesor Madya Dr Zamri Omar berkata, kejayaan menempa nama dalam MBR itu adalah bagi kategori beban terberat yang boleh diangkat sesebuah dron.

Katanya, C-Drone digerakkan oleh kuasa bateri dan ia daripada jenis Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL).

Tambahnya, saiz prototaip dron kargo UTHM ini kira-kira lima meter panjang, lima meter lebar dan dua meter tinggi, manakala berat kasarnya pula sekitar 400 kilogram.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menurutnya, projek pembangunan C-Drone itu bertujuan menghasilkan suatu ‘proof of concept‘ (POC) iaitu bagi membuktikan konsep reka bentuk dan sistem dron kargo besar itu boleh dibina dan berupaya beroperasi dengan baik.

Pada percubaan rekod penerbangan, katanya, C-Drone berjaya terbang dengan membawa beban kargo seberat 200 kilogram.

Menurutnya, projek yang memakan masa kurang dua tahun itu dijayakan sekumpulan penyelidik UTHM yang mempunyai latar belakang pelbagai bidang kepakaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Azham Azmi

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply