ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota buka tempahan RAV4, bakal dilancarkan pada 18 Jun ini!

Berita Tempatan

Views

Iklan acah sudah, daftar minat pun sudah. Kini tiba giliran UMW Toyota Motor untuk membuka tempahan model SUV segmen-C, RAV4 generasi baharu yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun 2020. Pelancaran model ini boleh disaksikan secara strim langsung di laman Facebook rasmi Toyota Malaysia jam 10 pagi 18 Jun nanti.

RAV4 untuk pasaran Malaysia akan ditawarkan dengan dua pilihan varian enjin – RAV4 2.0L dan 2.5L yang dijana oleh enjin Dynamic Force. Untuk varian 2.0L, ia dijana oleh enjin M20A-FKS 2.0 liter empat-silinder yang menghasilkan 169 kuasa kuda dan 203 Nm daya kilas. Unit ini digandingkan bersama transmisi CVT.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Untuk varian paling tinggi 2.5L, ia dikuasakan oleh enjin A25A-FKS 2.5 liter empat-silinder yang menghasilkan 202 kuasa kuda dan 249 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift. Apa yang menarik, kedua-dua varian hadir dengan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Sport.

Selain itu, sistem keselamatan Toyota Safety Sense ditawarkan sebagai ciri standard pada kedua-dua varian. RAV4 2020 turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), brek anti kunci (ABS), bantuan mula mendaki, sensor parkir depan dan belakang, tujuh beg udara, Isofix dan lain-lain.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Sistem Telematik Kenderaan (VTS) juga ditawarkan oleh UMW Toyota Motor sebagai pilihan bagi membolehkan pemilik untuk memantau lokasi masa sebenar kenderaan menerusi aplikasi mudah alih. Ciri yang sama turut ditawarkan pada model Corolla, namun pemilik perlu melanggannya terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Enam pilihan warna ditawarkan untuk RAV4 2020, antaranya Dark Blue Mica, Red Mica, White Pearl Crystal Shine, Silver Metallic, Grey Metallic dan Attitude Black. Harga yang ditawarkan pula adalah RM203,880 untuk varian2.0L manakala varian dengan enjin 2.5L pula dijual pada harga RM223,880.

Tapi harus diingat, harga yang dikeluarkan itu sebelum pengumuman pengecualian Cukai Jualan 100 peratus bagi penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi kereta import (CBU) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Untuk setiap pembelian, RAV4 2020 turut dilindungi dengan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply