ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota bZ4X mendarat di Indonesia – Satu varian sahaja, harga RM 356k

Berita Global

Views

SUV elektrik pertama Toyota, bZ4X telah pun selamat dilancarkan di Indonesia Khamis lalu. Model yang dibina dari pelantar Toyota New Global Architecture (e-TNGA) ditawarkan pada harga atas jalan di Jakarta sebanyak IDR 1.190 bilion (RM 356k).

Model CBU dari Jepun ini hanya satu varian ditawarkan dengan pilihan motor elektrik tunggal dan pacuan roda hadapan (FWD).

Ia mampu menjana 204 PS dengan daya kilas 266 Nm. bZ4X mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.3 saat. SUV elektrik ini dikuasakan oleh pek bateri 71.4 kWj yang menawarkan jarak tempuh sehingga 500 km sekali cas.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Untuk pengecasan, bZ4X menyokong sehingga 6.6 kW (AC), manakala untuk pengecasan pantas DC pula sehingga 150 kW. Ini bermakna, ia boleh dicas sehingga 80 peratus kuasa bateri dalam masa 30 minit untuk DC.

Bagi yang mengecasnya di rumah, ia memerlukan sehingga sembilan hingga sepuluh jam untuk dicas sepenuhnya. Dari segi keselamatan, bZ4X dilengkapi dengan ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) generasi terkini iaitu Toyota Safety Sense (TSS) 3.0.

Antara ciri-ciri TSS 3.0 termasuklah Sistem Pra-Perlanggaran dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Stereng, Pancaran Lampu Tinggi Automatik, Bantuan Pengesanan Lorong, Kawalan Jelajah Radar Dinamik Julat Kelajuan Penuh dan Bantuan Papan Tanda Jalan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Selain itu, pemandu dan penumpang turut disajikan dengan skrin unit infohibur dengan skrin sentuh 12.3 inci, sembilan pembesar suara jenama JBL dan pengecasan nirwayar.

bZ4X ditawarkan dengan waranti bateri 8 tahun atau 160,000 km, termasuk servis percuma selama 3 tahun atau 60,000 km.

Bagi yang tidak berhasrat untuk membelinya, Toyota turut menawarkan program langganan menerusi Kinto dengan pakej harga bermula dari IDR 20 juta (RM 6k) sebulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mobilkomersial.com dan nmaa.co.id

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply