ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota C-HR versi Jepun dipertingkatkan – Model GR Sport eksklusif untuk pasaran domestik sahaja

Berita Global

Views

Selepas Eropah dan Amerika Utara, kini tiba giliran Jepun untuk menerima versi dipertingkatkan Toyota C-HR. Apa yang menarik untuk pasaran domestik negara matahari terbit itu ada versi tambahan yang tidak dijual di negara lain. Model GR Sport yang dibangunkan oleh Toyota Gazoo Racing menampilkan perubahan gaya dan penalaan casis yang menjadikannya nampak lebih aggresif serta pemanduan yang lebih mantap.

Reka bentuk Toyota C-HR GR Sport mempunyai jeriji bahagian bawah yang lebih besar dengan bar melintang, pelindung bawah, lampu kabus, lencana GR Sport pada jeriji, fender depan dan belakang dan rim aloi eksklusif 19 inci kemasan dwi-tona yang disarung dengan tayar 225/45 R19. Ada 11 pilihan warna ditawarkan, 5 daripadanya skema dwi-tona dengan bumbung dan tiang-A yang dicat hitam.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Di bahagian dalam, model GR Sport dilengkapi dengan stereng berdiameter lebih kecil yang dibaluti kulit bersama jahitan benang perak dan menampilkan lencana GR, tempat duduk sport dengan logo GR dan jahitan benang perak berkembar, pedal aluminum dan kemasan perak gelap metalik. Selain perubahan kosmetik, Toyota C-HR GR Sport dilengkapi pendakap tengah di bawah lantai yang berfungsi untuk memperkukuhkan ketegaran badan.

Bukan itu sahaja, Toyota Gazoo Racing telah memberikan talaan istimewa (lingkaran spring, penyerap hentak dan penstabil) dan mempertingkatkan respon stereng untuk pemanduan yang lebih sporty. Model C-HR untuk pasaran Jepun menerima naik taraf dengan penggayaan yang hampir sama dengan versi di Eropah dan Amerika Utara selain transmisi 6-kelajuan iMT (transmisi manual pintar) dengan padanan rev untuk model 1.2-liter turbo bersama pacuan roda depan.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Selain itu, semua model C-HR dilengkapi dengan antara muka multimedia Paparan Audio dengan Apple CarPlay dan Android Auto, komunikasi dalam kenderaan DCM dan kit keselamatan yang dikemaskini. Model ini akan berada di pasaran Jepun bermula dari 18 Oktober dengan harga bermula dari 2,367,000 yen (RM91,331.00) untuk varian asas ST yang dijana oleh enjin 1.2-liter turbo yang digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan iMT dan pacuan roda depan.

Untuk model GR Sport paling murah yang berkongsi varian asas ST dengan penjana tenaga yang sama, harga jualannya adalah 2,732,000 yen (RM105,406.250). Turut ditawarkan selain enjin 1.2-liter turbo, termasuklah enjin 1.8-liter THS Ⅱ hibrid dengan pacuan empat roda bersama transmisi Super CVT-i.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply