ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota lancar Vios 2023 untuk pasaran Laos – Negara pertama dapat versi LHD, enjin 1.3 liter

Berita Global

Views

Laos menjadi destinasi kedua model sedan terbaharu Toyota, selepas Yaris ATIV muncul buat pertama kalinya di Thailand. Di Laos, ia dikenali sebagai Toyota Vios 2023 dan menjadi model pemanduan sebelah kiri (LHD) pertama model tersebut untuk pasaran global.

Menurut laman Facebook TOYOTA LAOTHANI, Vios 2023 dijana oleh enjin 1NR-VE 1.3 liter Dual VVT yang menjana 98 kuasa kuda dan 122 Nm daya kilas. Enjin ini turut dikongsi bersama dengan model Perodua Myvi facelift versi 1.3 liter dan Daihatsu Sirion 2022.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Enjin ini digandingkan dengan pilihan transmisi manual lima-kelajuan atau CVT. Tujuh pilihan warna ditawarkan, antaranya Putih, Putih Mutiara, Hitam, Merah, Scarlet, Kelabu dan M. Stream.

Pada zahirnya, reka bentuk luaran dan dalamannya sama sahaja dengan Yaris ATIV di Thailand, cuma perbezaan paling ketara adalah kedudukan sterengnya yang berpindah ke sebelah kiri selain kemasan dalaman berwarna kuning air (beige).

Antara ciri-ciri model ini lampu depan LED sepenuhnya, lampu belakang berurutan, sistem pendingin hawa automatik, kemasan kulit dan fabrik, unit infohibur skrin 9-inci dengan sokongan Apple Car Play dan Android Auto, brek parkir elektronik (EPB), meter digital, kamera undur, penderia hadapan, butang penghidup enjin, sistem kunci pintar dan rim aloi 16-inci kemasan dwitona.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense yang terdiri daripada:

  • Sistem Pra-Perlanggaran
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control)
  • Suluhan lampu tinggi automatik (AHB)

Selain itu, Vios 2023 untuk pasaran Laos turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan lain seperti Pemantau Titik Buta, Kawalan Cengkaman  (TRC), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ABS, BA dan EBD, Kawalan Mula Mendaki (HAC) serta enam beg udara.

Selepas Thailanda dan Laos, agak-agak ke mana destinasi persinggahan Yaris ATIV@Vios 2023 yang seterusnya ye? Ke Indonesia dahulu atau ke Malaysia? Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TOYOTA LAOTHANI

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply