ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota perkenal Hilux Revo BEV Concept dan IMV 0 Concept di Thailand

Berita Global

Views

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 Toyota Motor Thailand (TMT), gergasi automotif Jepun itu membuat kejutan dengan memperkenalkan dua model konsep trak pikap, iaitu Toyota Hilux Revo BEV Concept dan IMV 0 Concept.

Kedua-dua model tersebut telah diperkenalkan kepada umum oleh Presiden dan CEO Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Hilux Revo BEV Concept menampilkan penggayaan sebuah kenderaan elektrik (EV) dengan jeriji tertutup penuh dan kehadiran port pengecasan di bahagian kiri sebelah penumpang.

Selain Hilux Revo BEV Concept, sebuah lagi model konsep iaitu IMV 0 Concept turut membuat penampilan sulungnya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Projek IMV atau Innovative International Multi-Purpose Vehicle ini telah pun bermula sejak 2002 dan beberapa model telah dilahirkan, antaranya Hilux Vigo (IMV1), Fortuner (IMV4) dan Innova (IMV5).

IMV 0 Concept agak unik kerana ia boleh dipelbagaikan mengikut keperluan pelanggan, antaranya sebagai kenderaan pihak berkuasa seperti polis, ambulans, trak menjual bunga, sayur-sayuran atau buah-buahan, kendera saji (food truck) malah ia juga boleh dijadikan trak camper.

Walaubagaimanapun, tiada butiran terperinci mengenai model tersebut dan ia dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Twitter dan thailand.postsen.com

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply